Thursday, January 21, 2010

Kronologi Kisah Benar (Klasifikasi 18SG) : Saat Menghadapi Pembedahan Ovary Cyst

Hye babes :)

Selamat bertemu kembali

Anda pernah menghadapi pembedahan?

Tidak pernah?

Saya pun tidak pernah seumur hidup membayangkan bahawa saya akan dibedah atau menjalankan pembedahan. Sumpah tidak pernah (melainkan saya pernah menjalankan pembedahan seekor katak pisang belakang rumah menggunakan pisau lipat 20 sen waktu kecil dulu dan sehingga sekarang roh katak itu kadang-kadang hadir memakai telekung mengganggu tidur malam ku)


Sememangnya Allah itu Maha Kuasa. Mungkin doa katak pisang yang dianiayai oleh saya ketika waktu kecil dulu itu dimakbulkan Tuhan. Saya ditakdirkan terpaksa menjalani pembedahan Ovarian Cyst.


*anda ingin tahu apa itu ovarian cyst?

sila layari http://en.wikipedia.org/wiki/Ovarian_cyst

Bermula dari saat itu. Hidup saya menjadi tidak tentu arah. Bermacam -macam perkara terbayang secara terus didalam kepala. Bayangkan pisau menyiat-nyiat perutku yang tidak pernah berparut ini (peeewittt..) sehingga kadang-kadang rasa macam pelik kenapa ini semua berlaku. Berikut adalah kronologi bagaimana saya terpaksa menghadapi realiti ini.

Mari kita mulakan:


12 November 2009 (Khamis)-Klinik Dr. Rosli Shah Alam
Senggugut gila. Sememangnya setiapkali kalau senggugut (period pain) sahaja mesti saya ambil MC (medical certification). Kalau MC sahaja mesti saya senggugut. Hari itu memang saya tidak berdaya untuk memandu ke pejabat (nak memandu? gila jauh tu dengan jalan sesak lagi..nak tahan sakit lagi..mau setahun memandu baru sampai pejabat). Dengan sakit yang masih berbaki, saya bertemu Dr. Rosli bagi mendapatkan rawatan. Sah ! Memang ada sedikit pelik dengan keadaan dibawah perut saya. Sedikit keras. Dr. Rosli mencadangkan saya agar segera mendapatkan rawatan pakar (juga teman baiknya) di Darul Ehsan Medical Centre Shah Alam (DEMC)-Dr. Zamri Abdul Rahim-Consultant Obstetrician, Gynaecologist & Infertility. Surat cinta (opsss..surat dari doktor) disertakan untuk mendapatkan rawatan lanjut.



16 November 2009 (Isnin)- Tingkat 1, Darul Ehsan Medical Centre (DEMC)
Bertemu kali pertamanya dengan Dr. Zamri Abdul Rahim. Sekali pandang, beliau sangat segak. Berdedikasi, penuh gaya, mutu dan keunggulan (cheh..sempat lagi tu..). Imbasan pada perut dijalankan. Memang terang lagi bersuluh. Terdapat cyst pada ovari saya dengan ukuran D1=98.7mm dan D2=96.4mm (besar giler..kalau buat lauk gulai kawah memang tahan sampai seminggu ni..huhuhu). Tarikh pembedahan ditetapkan pada 24 November 2009 dan ditanggung sepenuhnya oleh Insurans ETIQA (Tq Etiqa..nasib baik ambil insurans) dan sepanjang menunggu tempoh pembedahan itu, Dr. Zamri menasihatkan agar saya menjaga pemakanan agar tidak timbul sebarang permasalahan ketika pembedahan kelak.

17 November 2009 - 20 November 2009 (Selasa-Jumaat)-Kursus diHotel Flamingo, KL Beryoya-yoya di Flamingo Hotel, Kuala Lumpur (Kursus). Makan banyak tak hingat. Aiskrim, sate, 6 kali sehari makan. Memang enjoy habis masa itu. Sepanjang perjalanaan kursus, saya lah orang yang paling ceria ketika itu. Buat lawak (ala Mr. Bean) dan menjadi perhatian kerana saya sentiasa aktif dan gedik (tetapi dalam hati dup dap dup dapppp..siapa yang tahu..hahaha..poyo)


21 hb November 2009 - 22 hb November 2009 (Sabtu & Ahad) Duduk lepak dirumah. Ketika ini hati mula curiga. Mulalah bayangkan bukan-bukan. Bayangkan perutku yang selama ini tidak pernah berparut tiba-tiba berparut. Siap tulis status kat Facebook lagi (bayangkan betapa cuaknya saya pada masa itu). Makan pun dah tak berapa nak lalu. Tambahan pula nampak pisau kat dapur..huhuhu. Rasa ngilu je.


23 November 2009 (Isnin) Pergi pejabat macam biasa. Semua officemate bagi kata-kata semangat. Lagi lah wa cuak beb. Rasa macam nak balik pun ada dan pergi kat Darul Ehsan Medical Centre tu merayu pada Dr. Zamri supaya batalkan sahaja pembedahan esok (mau kena pelangkung betul-betul dengan abah aku ni karang kalau buat camtu). Ketika memandu dalam perjalanan pulang ke rumah pun perlahan sahaja. Macam-macam terbayang. Mana tau tiba2 esok masa pembedahan bekalan elektrik terputus. Malaikat maut datang dan....oh tidak!!! (-_-")



24 November 2009 (Selasa)

*Rumah*-8.00am-130pm Bangun pagi awal gila. Siap-siap berkemas untuk masuk wad pembedahan yang mana pembedahan akan dijalankan pada pukul 4 pm waktu Malaysia. Mulanya niat dihati nak bawa satu beg besar beroda siap dengan PS2. Itu belum masuk novel dan buku pelajaran. Alih-alih abah tegur "kak long ni nak pergi bedah ke nak pergi bercuti..?'' Dengan muka tersengih-sengih saya mengemaskini semula barang-barang keperluan supaya doktor dan jururawat tidak ketawa terguling-guling melihatkan saya mengheret beg besar beroda itu nanti. Selepas siap berkemas, saya mengambil wudhuk dan solat taubat (mana tau kan malaikat maut datang menjemput..ohhh tidakkk..)

*Darul Ehsan Medical Centre*-tingkat dua (wad pembedahan)

3.45pm Setibanya ditingkat 2 (wad pembedahan) saya terus mencium tangan abah (ketika ini rasa syahdu gila) dan mohon ampun pada abah. Abah hanya mencium dahi saya dan memeluk saya erat. Selepas menunjukkan kad khas untuk menjalani pembedahan saya dibawa oleh jururawat ke bilik kelas pertama dan diberikan pakaian khas berwarna biru lembut dengan reben dan terdedah dibelakang serta topi kain khas untuk menjalani pembedahan. Dr. Zamri diiringi jururawat masuk dan imbasan dibuat sekali lagi. Dr. Zamri kata "saya buat imbasan kali ini mana tau kadang-kadang dengan kuasa Allah cyst itu tiba-tiba pecah sendiri" Setelah imbasan dibuat..memang sah cyst itu comel je berada dalam perut saya. :P Setelah Dr. Zamri beri kata-kata peransang dan beliau pun beredar. Saya bersiap sedia.Tengok dalam cermin. Seksi (adoyai saat nak menghadapi maut cenggini pun masih sempat lagi puji diri sendiri).

4.00 pm
Dibawa ke bilik pembedahan oleh jururawat menggunakan kerusi roda. Ketika ini memang jantung rasa nak luruh sangat dah. Dup Dap Dup Dapppp..tapi tetap control ayu. Jururawat sempat bertanya samada hendak berjumpa dengan abah atau tidak. Saya hanya menggelengkan kepala perlahan. Takmau. Nanti aku nangis.. huhuhu.

Tiba di bilik pembedahan. Ah sudah..semuanya dah bertutup kepala. Semuanya dah memakai sarung tangan lengkap untuk bersiap sedia melakukan pembedahan. Saya disapa lembut oleh Dr. Wan Afaf Binti Zainal Abidin (rasanya doktor ni pakar bius kot) dan beliau meminta saya bertenang. Jangan takut, pujuknya lembut. Beliau meminta saya naik ke atas troli panjang dan duduk berlunjur kaki. Seterusnya saya harus memeluk satu unit bantal besar yang lembut dan bongkok badan saya ke hadapan sedikit.''Tahan sakit sedikit ya.." saya hanya angguk lembut. Dalam hati saya mengucap panjang (-_-")

Doktor tanya samada saya ingin disuntik bius keseluruhan badan atau bius separuh badan. Saya hanya berkata "terpulang lah pada doktor yang mana baik untuk saya'' (jawapan selamat pada kiraan saya) dan kemudian Dr. Wan Afaf membalas dengan lembut ''kalau macam tu, saya bagi suntikan bius separuh badan je la ye..kalau sepenuh badan nanti bila ubat bius dah habis, bila bangun sakit, tau" Saya hanya angguk perlahan. Terbayang kata-kata kawan sepejabat. Suntikan bius ni sakit giler. Selang 20 saat kemudian terasa dua kali jarum suntikan bius (dua kali ke atau sekali? tak ingat dah..) disuntik ke tulang belakang saya diiringi lafaz Bismillah. Uik? dah suntik dah..penipu! tak sakit sangat pun! Memang sah kawan-kawan aku pekenakan aku..

Kemudian saya diminta untuk berbaring. Satu suntikan ubat tidur diberikan kepada saya. Saat itu saya terasa mengantuk tetapi sangat payah untuk melelapkan mata. Pada saat yang sama juga kaki saya terasa makin lama terasa makin berat untuk diangkat dan akhirnya tidak sampai beberapa saat kaki saya terasa kebas keseluruhan. Ketika itu Dr. Zamri telah berada dalam keadaan siap sedia untuk melakukan pembedahan. Saya yang ketika itu tidak boleh melelapkan mata walau telah disuntik ubat tidur, terasa perut saya dibelah dan terasa macam dicuit-cuit. Segalanya saya boleh nampak secara samar-samar melalui lampu pembedahan di atas kepala saya. Seketika kemudian antara sedar atau tidak (mamai ler tu) saya terdengar sayup-sayup suara Dr. Zamri berkata "eh..besarnya! Dalam scan tak nampak besar camni! Ambik gambar..ambik gambar.." klik..klik..

credit to : Dr. Zamri Abdul Rahim *bluetooth ke hp saya*

Antara sedar atau tidak..Dr. Wan Afaf dan jururawat berbual-bual dengan saya. Ditanyanya saya sakit ke tidak? Saya hanya menggelengkan kepala sahaja sambil senyum tawar. Dr. Wan Afaf beberapa kali tanya saya samada saya mengantuk atau tidak (mungkin pelik sebab dah disuntik ubat tidur pun saya masih berdegil takmau tidur agaknya). Beberapa ketika kemudian saya terasa agak pening dan saya disaran oleh Dr. Wan Afaf dan jururawat untuk lelapkan mata beberapa ketika. Ketika itu juga saya lelapkan mata dan antara sedar atau tidak, nama saya dipanggil perlahan dan nah!! Ambik kau..dalam samar-samar saya melihat Dr. Wan Afaf memegang cyst saya yang ketika itu comel je duduk dalam bekas balang.


Seingat saya, selepas saya melihat cyst itu saya cuma teringat untuk berkata ''ehh..besarnya!'' dan terus terlelap. Antara sedar atau tidak juga saya terasa perut saya bagai dicuit-cuit (mungkin doktor sedang menjalankan aktiviti menjahit perut saya secara berjemaah kot) dan selepas itu saya terasa dipinndahkan ke katil dan sedar-sedar sahaja saya dikelilingi abah, adik lelaki saya dan teman wanita adik saya. Ketika itu Ateh (panggilan mama baru-adik arwah mak yang baru sahaja nikah dengan abah) terpaksa berkursus. NO EXCUSE. Jadi tinggallah kaum lelaki dari kalangan keluarga saya yang melawat saya je. Dalam keadaan mamai..saya tertidur sehingga ke tengah malam. Saat itu, nah !! Sakit yang teramat sangat (maklumlah ubat bius dah habis) sehingga terpaksa saya bunyikan loceng memanggil jururawat bertugas.Setelah disuntik dengan ubat tahan sakit (agaknya lah kot) barulah saya boleh tidur (tak lah lena sangat) sehingga ke pagi. Beberapa kali juga saya terjaga. Mungkin disebabkan air kencing saya tidak lawas dan menggunakan tiub khas.


25 November 2009 (Rabu) 6.00am-Tingkat 2 DEMC Awal pagi dah bangun. Sedar-sedar sahaja jururawat pelatih memanggil nama saya. Badan saya dilap perlahan dengan tuala basah. Sarapan pagi disediakan. Ubat yang diberi merupakan pil penahan sakit (yurk..), ubat lawas najis (rasa macam madu..sedap) dan antibiotik. Layanan bagus siyot..macam puteri. Kemudian datang jururawat lain membawa balang besar dan menunjukkan betapa besar gilanya cyst saya itu dengan comelnya duduk dalam balang itu. Saya dimaklumkan bahawa 'benda comel' itu akan dihantar ke makmal untuk diuji kaji.

8.00 am
Saya bersama-sama barang peribadi dibawa menggunakan kerusi roda ke bilik kelas pertama (tak salah saya bilik 502..terima kasih Insurans Etiqa & DEMC) oleh jururawat pelatih lelaki. Memang besar giler bilik itu. Siap ada tv dan pandangan yang memang best (betul-betul menghadap Plaza Peransang tempat Kes sensasi Beng Hock jatuh tempohari) Ketika ini ramai teman-teman dan sanak saudara datang melawat. Terima kasih atas keprihatinan semua. Saluran kencing dibuka dan kencing jadi tidak lawas. Nak jalan turun katil ke tandas bilik itu takut datang mudarat. Terpaksalah menggunakan pampers dewasa (hello..orang tengah sakit okay..) Aircond pulak rosak..perghhh..menyentap-nyentap jiwa. Penyelenggaraan dilakukan tetapi bila kerap sangat rosak, pihak DEMC pindahkan ke bilik lain (tak salah bilik 402) yang memang membuatkan semua pesakit seperti saya boleh melompat-lompat riang hingga jatuh katil.


26 November 2009 (Khamis) -bergembira dibilik 402 *2.00pm balik rumah-mc 38 hari yeay!*


27 November 2009 (Jumaat)- Aidiladha *beraya dengan lauk biskut empat keping cicah air gula*


28 November 2009 (Sabtu) dua jururawat DEMC hadir memberi rawatan susulan dirumah saya (tq ye)


Apa pun, semua telah selamat. Alhamdulillah. Walau sebelah kanan ovari saya dibuang *bye bye ovariku* (sambil lambai-lambai tangan. Ini bermakna harus membuat satu majlis perpisahan untuk ovariku) tetapi masih ada peluang lagi untuk saya mengandung (semua jejaka di Malaysia sila jangan bimbang ya :P). Buktinya? Setiap bulan saya masih menghadapi saat-saat indah seorang wanita iaitu beriang ria membeli sekotak dan kadang-kadang sehingga 2 kotak tuala wanita berjenama Kotex ketika datang bulan (apekah?). Saat paling tidak boleh dilupakan adalah luahan jujur dari Dr. Zamri ketika kali pertama saya datang bulan selepas pembedahan. Ayat jujur beliau lebih kurang begini: "Saya sebagai doktor yang merawat kamu adalah orang yang paling gembira kamu didatangi haid. Ini bermakna pembedahan saya berjaya dan kamu masih seorang wanita sejati" (-_-")

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan dan perhatian dari semua pihak terutama Dr. Zamri Abdul Rahim (the best doctor in the world), Dr. Wan Afaf Zainal Abidin (comey giler doktor ini), jururawat & kakitangan DEMC, my BFF Ann (ye ye aku akan berjanji akan tunaikan janji secepat mungkin belanja kau Mc D dan wayang sempena penjagaan rapi kau terhadap aku di DEMC) rakan-rakan & sanak saudara terutama bos-bos & rakan-rakan LHDNM yang datang melawat, memberi kata sokongan dan sms (juga wang saku..hehe) dan semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung. Moga Allah membalasNya dengan seribu rahmat..amin. Love you all.

7 Januari 2010 (Rabu) Hari pertama memandu ke pejabat dengan muka berkeriut..hahaha T_T





muka suci ketika sakit (-_-")

*sumber ini didapati dari laman web rasmi

http://www.demconline.com/zamri.htm

Name:
Dr. Zamri Abdul Rahim


*thank you Dr. Zamri :)


Qualification:
MBBS (Malaya), M.MED O & G (UKM),FICS (USA)

Title:
Consultant Obstetrician, Gynaecologist& Infertility


Email:
drzamri@demconline.com



Subspeciality :
• Fertility check up / Pemeriksaan kesuburan
• IVF/ Bayi Tabung
• ICSI (Intra-Cytoplasmic Sperm Injection)
• MESA/TESA/PESA (Teknik aspirasi sperma)
• Pembekuan embrio
• Laparoskopi
• Scan Doppler Warna
• Prosedur bantuan reproduksi lain




*sumber ini didapati dari laman web rasmi


http://www.demconline.com/main-menu.htm


Name:
Dr. Wan Afaf Zainal Abidin


*thank you Dr. :)


Qualification:
MBBS (Malaya) M Med Anaes (UKM)


Title:
Consultant Anaesthesiologist


Email:
wanafaf@demconline.com






Tuesday, January 5, 2010

10 TIPS MELUPAKAN SI DIA APABILA ANDA PUTUS CINTA

MY ALL- Mariah Carey

I am thinking of you
In my sleepless solitude tonight
If it's wrong to love you
Then my heart just won't let me right
Cause I've drowned in you
And I won't pull through
Without you by my side
I'd give my all to have
Just one more night with you
I'd risk my life to feel
Your body next to mine
Cause I can't go on
Living in the memory of our song
I'd give my all for your love tonight
Baby can you feel me
Imagining I'm looking in your eyes
I can see you clearly
Vividly emblazoned in my mind
And yet you're so far
Like a distant star
I'm wishing on tonight
I'd give my all to have
Just one more night with you
I'd risk my life to feel
Your body next to mine
Cause I can't go on
Living in the memory of our song
I'd give my all for your love tonight
I'd give my all to have
Just one more night with you
I'd risk my life to feel
Your body next to mine
Cause I can't go on
Living in the memory of our song
I'd give my all for your love tonight
Give my all for your love
Tonight



Anda baru sahaja putus cinta?



Tidak boleh melupakan si dia?



Masih terbayangkan kekasih lama?




Hey. Come on babes!

Dunia terbentang indah buat anda. Tidak perlu menangis kerana kehilangan seorang kekasih yang tidak menghargai diri anda. Tarik nafas. Pejam mata dan teruskan kehidupan! Perjalanan masih jauh ke hadapan untuk anda. Bukan anda seorang sahaja pernah mengalami putus cinta sebegini. Hampir semua manusia didunia ini akan melalui fasa ini dalam kehidupan mereka. Termasuklah saya.


Secara jujurnya putus cinta merupakan antara perkara yang paling ditakuti oleh semua makhluk didunia ini (tidak terkecuali kucing kak bedah belakang rumah tok ayah adik lebai sepet pun baru sahaja putus cinta dengan tupai terbang rumah jiran pak anjang). Jika anda telah cuba sedaya upaya menyelamatkan keadaan dan si dia masih tetap untuk memutuskan hubungan, Jadi apa yang perlu anda tangiskan? Apa yang perlu anda kesalkan? Mari kita terokai hidup baru dengan 10 tips melupakan si dia!


Mari kita mulakan :


1. Duduk tegak. Tarik nafas. Pandang ke hadapan. Tutup mata anda. Sebut nama penuh anda didalam hati dan lepaskan nafas anda perlahan-lahan. Kemudian ambil racun rumput dan minum seteguk dua. Opsss..salah taip pulak (kau nak mampos ke bagi tips yang bukan-bukan ni. Serius cepat. okay. okay. maaf ye)


SILA ABAIKAN. Terima kasih.


Kita ulang semula langkah tadi. Duduk tegak. Tarik nafas. Pandang ke hadapan. Tutup mata anda. Sebut nama penuh anda dengan bin/binti sekali. Kemudian bayangkan wajah ibu bapa anda dan masa-masa gembira anda bersama keluarga anda. Zaman anda bersekolah tadika sehingga kini. Bayangkan yang indah-indah sahaja tau. Segala yang sedih-sedih kita tolak tepi. Bisikkan dalam hati anda bahawa: "Sebelum anda berjumpa si dia pun anda boleh hidup bahagia. Kenapa tidak sekarang?''



Fikirkan bahawa keluarga dan rakan-rakan anda akan sentiasa dekat dengan anda. Mereka akan sentiasa menyokong anda tidak kira apa jua keadaan anda sekalipun. Sesi ini mengambil masa lebih kurang setengah jam (kalau sampai tertidur keluar air liur basi lagi bagus). Jika telah selesai, buka mata anda perlahan-lahan.



2. Masukkan segala kenangan anda dengan si dia didalam satu kotak khas (surat-surat, gambar peribadi, bunga dan sebagainya). Jika terdapat lagu-lagu kegemaran anda bersama si dia atau gambar-gambar peribadi anda didalam laptop/PC anda, wujudkan satu fail khas untuk memuatkan semua kenangan tidak berguna itu secara pukal. Kemudian namakan fail atau kotak khas itu dengan nama orang yang paling anda benci di dunia ini. Harus diingatkan jangan sesekali buka kotak/fail ini buat sementara waktu (lainlah kalau anda memang nak menangis 24 jam dan cucuk mata anda dengan garpu besi karat 16 inci). Sorok kotak/fail ini ditempat yang paling anda susah untuk melihatnya. Contoh nama fail adalah seperti berikut:


C:\Documents and Settings\admin\My Documents\syaitannirojimlaknatullah



3. Telefon rakan baik anda dan pergilah berpoya-poya. Lagi ramai lagi baik. Kalau boleh berpoya-poyalah dengan rakan baik anda yang single mingle dan berfikiran gila-gila. Jangan sesekali keluar dengan rakan baik anda yang sedang angau bercinta. (Lagi haru kalau dibawa sekali teman lelakinya siap berpegang tangan, bersuap-suapan dan siap bercomolot lagi didepan mata anda. Mahu anda menangis meraung berguling-guling selama 6 jam 10 saat dari tingkat 3 Suria KLCC ke taman didepan Suria KLCC tu karang).



4. Ketawa pengubat duka. Tonton cerita lawak tak hengat samada wayang atau pun download diinternet beramai-ramai. Kalau anda malas sangat nak keluar duit tengok wayang, tengok sahaja klip video lawak yang boleh didapati dilaman internet seperti YouTube dan lain-lain (maklumlah wayang sekarang ini pun dah mahal. Dulu teman lelaki anda sponsor, takpelah kan). Harus diingatkan jangan sesekali menonton cerita kisah komedi romantik buat masa ini. Elakkan juga dari mendengar lagu-lagu cinta dan lagu dijangka kurang membantu anda bermotivasi seperti Jodoh-Kumpulan Wali (walaupun iramanya memang best gila babas tapi mohon dielakkan ya)



5. Senaraikan semua keburukan si dia dengan sepenuh hati. Lagi bagus anda senaraikan ayat celupar yang pernah dilemparkan kepada anda oleh sidia. Catatkan sekali masa dan tarikhnya jika ianya membantu anda. Kemudian tampal ditempat yang paling mudah anda lihat. Jika anda tiba-tiba sahaja teringatkan si dia, cepat-cepatlah anda membaca semula senarai tersebut dengan nada suara kuat, penuh gaya, mutu dan keunggulan.



6. Luangkan masa untuk memanjakan diri sendiri dan keluarga. Pergi bercuti. Ambil cuti dan tenangkan fikiran. Tahukah anda bahawa di Jepun, jika anda seorang pekerja yang mengalami putus cinta, anda dibenarkan mengambil cuti rehat untuk menenangkan fikiran? Jika anda tidak berkesempatan untuk bercuti, sibukkan diri anda dengan kerja atau sebarang aktiviti berfaedah. Elakkan sama sekali ke tempat-tempat yang dijangka ramai pasangan bercinta menghabiskan masa ditempat-tempat seperti taman tasik, shopping complex dan sebagainya. Lagi satu jangan sesekali anda menjenguk ke tempat anda dan bekas kekasih anda pernah bermesra-mesraan dan bertepuk tamparan. Hindarkan terus. Kalau anda pernah bermesra di Mid Valley (contoh ya) dan anda duduk di Klang kemudian berkerja di Bangi, terpaksa lalu juga di depan Mid Valley tersebut..maka eloklah anda pergi ke seremban dulu pusing 360 darjah kemudian pusing ke tol sg besi, lalu di depan komplek utama tabung haji, terus wisma tan & tan, masuk NKVE patah balik ke mana-mana je lah..asalkan sampai opis anda dan jangan lalu Mid Valley. Biar terpaksa memandu jauh. Biar terpaksa bayar tol beribu. Asalkan jangan sakit hati ye tak?



7. Berchatting atau lawat laman web sesawang yang menawarkan laman sembang seperti Yahoo Messenger, MIRC, Facebook, Twitter dan sebagainya. Temuilah dan terokailah laman web tersebut. Moga-moga anda akan bertemu dengan rakan baru dan mana tahu, anda akan jumpa pengganti si dia!



8. Memandu dengan berhemah. Memandu sejauh yang mungkin yang anda mampu sambil anda dengarkan lagu-lagu yang ceria seperti lagu Tom Tom Bak, Ikan Kekek Mak Iloi-iloi (perlukah?) atau ayat-ayat suci Al-Quran (ya! Ini baru betul). Jika tiba-tiba anda terasa hendak menangis, berhentilah di R&R berdekatan, menangislah sepuas-puasnya hingga bengkak mata. Kemudian pakai kaca mata besar, tarik nafas dan teruskan pemanduan anda dengan jayanya.




9. Shopping. Ini khas untuk perempuan sahaja (lelaki pun apa salahnya kan. Ya betul. 10 markah). Pasang badan anda dengan baju baru dan ubah penampilan anda kepada yang lebih positif. Jika anda seorang perempuan yang berisi dan banyak duit (ini amat penting ya) kunjungilah pusat pelansingan badan dan pasang badan. Tekadkan azam anda bahawa anda akan lebih cantik dari teman wanita baru si dia!! Baru dia akan menyesal tinggalkan anda hanya kerana perempuan kurus itu. Jika anda seorang perempuan yang berisi tetapi tidak mempunyai peruntukan untuk menghabiskan perkara seperti itu, anda boleh bersenam 20 minit sehari. Kekalkan berfikiran positif dan amalkan diet berprotein tinggi (-_-")




Cakap pada diri sendiri ayat motivasi seperti ini:


'Tunggulah..aku dah cantik esok..aku akan cari boyfriend lagi hebat dari kau!!'


atau


'aku akan buat kau menyesal tinggalkan aku!!'


* ayat diatas hanya contoh sahaja ya..tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.




10. Berdoa dan tawakal. Ini adalah merupakan tips yang paling mujarab! Berdoalah kepadaNya moga-moga anda sentiasa tabah menghadapi saat sukar ini dan harus diingat bahawa Dia tidak akan menguji hambaNya jika kita mampu menghadapinya. Jangan lupa untuk berdoa untuk dipertemukan dengan jodoh yang paling ideal buat kita. Paling bagus buatlah solat istikharah. Tawakal dan berusahalah. InsyaAllah. Setiap yang pahit itu akan manis akhirnya :)




Demikianlah. 10 tips diatas secara jujurnya adalah merupakan tips yang saya akan buat apabila saya putus cinta. Jangan bimbang. Bukan anda seorang sahaja pernah mengalami saat-saat sukar seperti ini ya. Sekiranya masih tiada ruang lagi untuk memperbaiki keadaan, mungkin anda tidak bernasib baik kali ini tetapi mana tahu selepas ini, ada anak raja yang akan masuk meminang anda! Siapa tahu kan? (ayat nak sedapkan hati je) :P



Akhir kata, tabahkan hati. Pandanglah dunia ini yang luas terbentang. Fikirlah positif. Anda tidak keseorangan. Kami sentiasa ada dekat dengan anda. Disisi anda. Dekatkanlah diri denganNya. Tuhan, selangkah ku dekat padaMu, seribu langkah Kau dekat padaku. Semoga anda tabah dan berjaya melupakan si dia. Chaiyok chaiyokkk!!





















Sunday, January 3, 2010

Rahsia Bilik Tidur Seorang Perempuan Bujang Terbongkar

Hye Babes !

Hey. Relax and Cool !
Jangan bimbang.

Perempuan yang bilik tidurnya dibongkar yang dimaksudkan dalam tajuk diatas adalah bilik tidur saya sendiri. (Perempuan jelita lain seperti angelina jolie, fasha sandha, manohara pinot atau nenek jiran sebelah rumah tok nek saya tidak perlu resah atau gelisah. Watak anda dalam blog ini tiada kena mengena antara hidup dan mati). Paling penting tiada sebarang penggeledahan atau pembongkaran dibuat dalam bilik tidur anda. (Jadi mohon bertenang dan sila teruskan berdandan seperti biasa ya. Terima kasih).


Memandangkan hari ini merupakan hari minggu dan tersangat bosan bagi seorang perempuan bujang seperti saya untuk tidak berpoya-poya diluar rumah maka saya mengambil keputusan untuk mengemas bilik tidur saya yang mana aktiviti ini telah terbengkalai sejak sebulan yang lalu. (Hello..saya baru sahaja pulih dari operation okay) Sebelum saya menjadi terkenal dan mendapat rating tertinggi tahap biawak terbang dalam pencarian Yahoo sebagai bilik perempuan yang paling cincai maka eloklah saya paparkan gambar bilik tidur saya sendiri yang sememangnya sempoi dan cincai gila.



Dengan hanya menggunakan kamera handphone 1.3 megapixel saya merelakan hak privasi saya dicerobohi untuk tatapan anda (jika anda seorang lelaki, sila tarik nafas dan bersedialah untuk mengutuk bilik seorang perempuan yang tahap kemalasannya seperti saya. Ingin diingatkan bahawa jangan percaya sangat bahawa bilik kekasih anda kemas dan teratur. Ini bergantung kepada tahap kerajinan dan kemalasan kekasih anda ya. Terima Kasih).


Mohon maaf andai kualiti gambar kurang memuaskan.
(sumpah lepas ini saya harus lebih kuat bodek abah untuk beli 80 unit
kamera digital berkuasa kuda berkualiti tinggi)


Jadi anda ingin membongkar Bilik Tidur Seorang Perempuan Bujang?

Jom kita mulakan :

siap ada jurai-jurai 'love' lagi (cheh jiwang)
rak mini untuk komik dan novel

novel banyak tapi tak pernah baca pun

komik doraemon pun ada? (apekah?)

buku banyak bukan baca pun

bedak 'dashing' (untuk lelaki pun ada?) confuse !

lilin kek berbelang-belang tu pun boleh jadi hiasan?

(ayat tak boleh blah)

minyak WD-40 pun ada? (abah tolong jawab, abah..)

papan kenyataan atau papan hentam sajalah?

Anda masih tidak percaya? (sumpah selepas ini saya berjanji pada diri bahawa akan lebih rajin mengemas bilik tidur saya sekurang-kurangnya seminggu sekali, jikalau tidak memang tidak akan ada lelaki yang akan masuk meminang saya sampai tahap saya berjanggut hijau berbelang nampak gayanya-hey tolong hentikan ayat merepek itu boleh tak? okay. okay. Sudah berhenti sekarang. Terima kasih) Tidak pasti samada bilik tidur saya ini sememangnya terletak pada tahap paling cincai gila babas dikalangan penduduk wanita seluruh dunia atau sebaliknya. Walau siapapun anda, walau bagaimanapun bilik anda janji anda boleh lena tidur dan selesa. Bilik tidur inilah yang membuatkan saya terlewat bangun tidur untuk bergegas ke tempat kerja dan bilik ini jugaklah yang menyebabkan ketipan 'punch card' saya selalu berwarna merah setiap minggu (alasan diberikan kepada bos tayar pancit-padahal keempat-empat tayar baru beli-maaf bos saya janji kerja lebih rajin selepas ini ya).

Baiklah! Akhir kata buat anda, semoga bilik tidur anda akan menjadi tempat anda berinspirasi!



















































































Saturday, January 2, 2010

10 TIPS MENGHADAPI PERTANYAAN HAL NIKAH KAHWIN DI KENDURI KAHWIN

'Eh. You ni bila nak kahwin ni?'
'Si Along dah kahwin..kau bila lagi?'
'Takkan takde calon kot? takpun kau memilih sangat tak?'


Jujur. Contoh persoalan diatas seringkali membuat saya cukup trauma untuk menghadiri sebarang majlis perkahwinan rakan atau saudara terdekat. Bukan sahaja rasa tidak selesa tetapi ianya lebih kepada tidak mahu dijadikan bahan usikan tetamu yang hadir. Lebih haru lagi jika mereka ini beranggapan bahawa golongan wanita akhir 20an ini tidak berkahwin kerana tidak laku atau memilih pasangan. Situasi ini seringkali dihadapi oleh wanita bujang yang belum berkahwin (seperti saya.Anda lelaki diluar sana berasa teruja tak?) dan masih mencari-cari pasangan hidup atau wanita yang sudah ada teman lelaki tetapi teman lelaki masih tidak memberikan sebarang tanda-tanda untuk melamar (gila tahap cipan namanya kalau 7 tahun bercinta masih belum ada tanda-tanda teman lelaki anda hendak melamar)


Bukan tidak ingin berkahwin tetapi mungkin belum sampai seru (ayat ini memang agak klise tetapi itulah kenyataannya). Seru disini bermaksud kuih bahulu berperisa pandan dicicah dengan air sirap dan goreng pun sodap (tak baik mempermainkan adik-adik sekolah tadika dengan makna perkataan merapu. Baik berterus terang je cepat) Okay. Okay. Seru disini bermaksud belum tiba masanya jodoh tersebut dengan diri kita (diharap adik-adik tadika dapat belajar gunakan ayat ini dalam pertandingan penulisan esei anjuran Kelab Kebajikan Wonderpets disekolah adik-adik nanti ya)


Bayangkan anda seorang gadis jelita berusia akhir 20an menghadiri kenduri kahwin sepupu perempuan anda bersama ibu dan bapa anda. Sepupu anda itu sama cantik dan sama padan dengan anda (rasanya anda lebih cantik sedikit berbanding sepupu anda kalau anda menggunakan produk Tummitrim-lihat perut ku ramping kan terima kasih Tummitrim). Berkebaya nyonya ketat dan bertumit 4 inci. Bibir anda menggunakan lipstik berjenama Maybelline Watershine berwarna merah jambu. Gaya penuh mutu dan keunggulan, anda dihampiri oleh paklong, makteh, tokngah sekeluarga (itu belum masuk kucing siam berbulu lebat adik sulung tokngah lagi menumpang sekaki). Mereka dengan penuh bergaya mengajukan soalan-soalan sepertimana contoh diatas. Saya pasti kebaya anda akan dibasahi peluh dalam masa 5 minit dari sekarang(tetttt..masa dah tamat).


Jadi bagaimana anda ingin mengelak pertanyaan pasal hal ehwal kahwin ini? Tarik nafas panjang, buka mata anda selebar yang mungkin dan kembang kempiskan hidung anda selama 10 saat (apekah?). Disini saya dengan penuh rasa rendah diri ingin memberikan 10 tips bagi menghadapi pertanyaan seperti diatas. Mari kita mulakan:


1. Jangan panik. Sekiranya anda diasak dengan pertanyaan sebegitu oleh sanak saudara anda, anda hanya perlu senyum sahaja dan tenang membalas dengan jawapan 'belum ada jodoh' (COMMON SENSE tetapi ianya berjaya. Tenang disini bermaksud kawal diri dari sifat amarah-padahal dalam hati nurani anda yang suci minyak murni itu menyumpah-nyumpah TOLONGLAH AKU DAH MUAK NAK MAMPOS DENGAN SOALAN INI TAU TAK). Anda perlu ingat semakin anda tenang, maka semakin mereka rasa serba salah untuk bertanya anda lebih lanjut.


2. Sebaik sahaja anda boleh mengagak mereka akan membuka mulut untuk bertanyakan persoalan tersebut maka anda harus cepat-cepat timbulkan isu hangat yang terpampang didada akhbar ketika itu. Sebagai contoh kes keputusan PMR seramai 5,000 orang pelajar mendapat keseluruhannya A atau kes penangkapan khalwat antara kucing betina jiran anda dengan biawak terbang milik zoo negara.


3. Anda harus mengatakan bahawa anda belum bersedia lagi untuk berkahwin dan ini masanya anda perlu tumpukan pada karier anda (walaupun dalam hati anda memang setiap malam tepat jam 12 tengah malam selama 20 minit tolak 1 minit 60 saat anda menjerit mengigau ingin sangat duduk dipelamin dan akhirnya tilam jenama Vono anda terpaksa disidai ditepi pagar kerana basah lencun mengigau..merepek jadi tolong abaikan. Terima kasih)Walaupun nampak macam 'plastik' dan sedikit berlakon tetapi peduli apa kan janji anda dapat elak dari soalan tersebut kan.


4. Sebut berkali-kali bahawa calon pilihan anda kini mencecah seramai lebih 10 orang dan anda perlu buat keputusan tepat demi masa hadapan anda dan demi masa nusa bangsa anda. Nama-nama calon itu anda sebut sahaja nama lelaki yang terlintas dihati anda ketika itu dan lagi elok jika anda sebut sekali jawatan dan nombor kad pengenalan mereka dengan nada kuat dan penuh yakin sekali. Ingin diingatkan bahawa jangan sesekali anda menyebut nama pengantin lelaki yang sedang bersanding dengan sepupu anda pada hari kenduri tersebut nescaya anda akan dijadikan lauk pengantin pada hari kenduri itu juga.


5. Berpakat dengan ibu dan bapa anda bahawa anda kini telah dirisik oleh seseorang tetapi anda mengambil masa agak lama untuk membuat keputusan memandangkan anda perlu melalui proses mengenal hati budi lelaki tersebut. Kalau hendak saham anda lebih naik lagi anda katakan sahaja lelaki yang merisik anda tersebut merupakan usahawan berjaya yang duduk menetap dikutub utara. Oleh demikian itulah anda perlu membuat keputusan yang tepat bagi mengelakkan anda terpaksa menetap di kutub utara bersamanya selepas berkahwin kelak.


6. Elakkan dari berbual dengan golongan dewasa. Cukup hanya bersalaman dan bertanya khabar. Selebihnya dicadangkan anda menawarkan diri menjaga anak-anak sepupu anda yang lain (bayi atau kanak-kanak kecil) ketika mereka sedang sibuk bersembang sesama mereka. Anda boleh mendukung dan bermain polis sentri dengan kanak-kanak ini diluar zon berbahaya ini (jangan bawa mereka ke kedai seven eleven nanti rabak pulak poket anda)dan jagalah kanak-kanak dibawah umur ini sehingga ahli persatuan borak-borak kosong dibubarkan.


7. Bawa bersama rakan karib anda yang lelaki (jika anda harus pergi sendirian ke majlis perkahwinan tersebut dan ibubapa anda akan menyusul kemudian). Harus diingatkan bahawa rakan karib yang akan menemani anda tersebut mestilah lelaki yang paling kacak atau paling hebat dikalangan rakan karib lelaki anda yang lain. Ini bagi menaikkan saham ibubapa dan anda nanti.


8. Berfikiran positif dengan menganggap persoalan tersebut bukan untuk membuatkan anda berada dalam tekanan tetapi persoalan tersebut datangnya dari orang-orang yang menyayangi anda. Lebih bagus kalau anda ambil sikap masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Tarik nafas dan jawab dengan senyuman.


9. Ajak rakan-rakan bujang yang lebih berusia dari anda ke majlis tersebut dan hadir bersama-sama. Kalau boleh rakan anda tersebut berusia lebih dari anda sepuluh tahun atau lebih sehari dari anda pun tidak mengapa. Asalkan lebih tua dari anda.


10. Mohon bantuan ibubapa anda dan lagi bagus mohon bantuan orang yang bertanya soalan tersebut kepada anda agar mencarikan anda jodoh paling sesuai bagi anda. Jika setiap kali terserempak dengan mereka di majlis kenduri dan sebagainya, anda harus cepat-cepat buka mulut sebelum mereka membuka mulut bertanyakan soalan yang sama dengan soalan anda berbunyi 'Dah jumpa ke calon untuk saya? Kata nak tolong carikan..masa depan saya bergantung kepada Tok Ngah tau'. Nescaya lepas ini mereka pasti menggigil nak jumpa anda dan berfikir lapan juta kali darab 3 bahagi lima untuk bertanyakan anda soalan yang sama.


Diharapkan agar 10 tips diatas dapat membantu anda sebagai wanita yang selama ini mungkin agak tertekan apabila ditanya bab nikah kahwin ini. Maklumlah yang bertanya itu mungkin tidak faham keadaan sebenar kita. Paling penting jika kita telah berusaha sedaya upaya, jika kita cantik macam angelina jolie ataupun cindy crawford sekalipun tetapi jika belum jodoh kita maka kita tidak boleh berbuat apa-apa pun. Semua itukan urusan Allah. Kepada yang bertanya itu pun, agak-agaklah kalau nak bertanya. Jangan sampai mengaibkan dan membuat si empunya diri itu berasa seperti ingin menerima hukuman mandatori ditali gantung.


Apapun, jika anda tergolong didalam wanita seperti diatas (dan senasib dengan saya), saya mendoakan anda bertemu jodoh yang baik-baik sahaja dan jodoh anda adalah orang yang paling anda cintai. Hanya Tuhan (Allah) sahaja yang Maha Mengetahui.
Bersabar dan tawakal. Itu jalan sebaiknya. Jodoh anda pasti ada. InsyaAllah.

Friday, January 1, 2010

Jatuh Cinta Pandang Pertama

Hye babes !
Ini adalah merupakan entry pertama saya. Frankly speaking, rasanya agak terlambat bagi saya untuk memulakan arena blog ini memandangkan saya pun bukan gadis remaja belasan tahun (tiba-tiba rasa suci saja muka i bila bercakap jujur begini) tetapi setelah membaca satu artikel keratan akhabar kosmo mengenai kisah seorang penulis blogger yang sangat hebat (and wow..she is so gorgeous) membuatkan saya jatuh cinta pandang pertama pada arena blog ini.


Untuk entry pertama ini rasanya eloklah anda semua mengenali sedikit sebanyak mengenai saya maklumlah andaikata jika anda ternampak saya dalam lingkungan jarak 8 buah kampung sekali pun..anda boleh teka siapa saya (aduh macamlah saya ini sejelita macam angelina jolie, nasha aziz atau siti nurhaliza) tapi sekurangnya anda boleh mengenali siapa saya sepanjang anda melayari blog saya ini.



okay apa yang perlu anda tahu tentang diri saya sebenarnya?
  • Bukan gadis remaja belasan tahun

  • Tiada pernah terima lamaran dari mana-mana lelaki Malaysia untuk berkahwin (ini sangat penting untuk membuatkan ramai lelaki disana teruja..oh please!!)

  • Seorang wanita rakyat Malaysia yang menghabiskan usia remajanya dengan bertemujanji tiap hari dengan membayar tol semata-mata ingin menunaikan tanggungjawabnya sebagai salah seorang pegawai di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

  • Sambung pengajian dan membuatkan pensyarah universitinya cukup pening dengan sifat nakalnya di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia

  • Sentiasa berangan untuk menjadi Puteri walaupun tahu dirinya datang dari golongan rakyat biasa

  • Sukakan warna lembut dan bersifat feminin

  • Gemar mengampu abahnya (paling kurang 5 waktu sehari semalam) supaya dapat belikan kereta baru seperti Mercedes-Benz mahupun Ferrari (sumpah kalau bodek abah selama 1000 tahun pun belum tentu lagi aku dapat kereta ini)

  • Ketika berpeleseran sentiasa menjadi perhatian lelaki macho seperti Aaron Aziz, Fahrin Ahmad, Awal Ashaari dan Tom Cruise untuk menemani mereka.
Rasanya sudah cukup informasi untuk anda mengenali serba sedikit tentang penulis blog ini buat kali pertama. Sumpah semua diatas adalah betul KECUALI informasi yang terakhir itu sengaja ditambah menggunakan ayat perasan tidak ingat untuk menaikkan saham saya. SILA ABAIKAN. Terima kasih. Kalau lebih panjang lebar lagi tentu malam ini saya tidak dapat melelapkan mata (of course kerana rasanya entry pertama ini sudah cukup membuatkan jari jemari ini terpatuk-patuk macam anak ayam madu ditambah dengan lebam dibawah mata. Sesuai dengan gelaran Kungfu Panda yang diterima) dan sekiranya anda masih tetap berdegil mengatakan informasi ini tidak cukup buat anda teruja, maka anda bolehlah terus menghantar rombongan merisik untuk meminang saya (saya pasti pasti ramai pembaca blog ini berasa hendak muntah yang teramat sangat apabila membaca ayat yang pastinya anda akan teringin nak baling saya lebih teruk dengan telur ayam busuk)


Apapun saya ingin melahirkan rasa kagum dengan transformasi dan semangat gadis muda yang membuatkan saya cukup teruja dan memaksa diri saya supaya bersemangat waja seperti beliau dengan luahan jujur karyanya. Jatuh cinta pandang pertama. Blog yang saya maksudkan adalah blog Hanis Zalikha yang boleh anda layari di www.inibelogsaya.blogspot.com dan anda tentu kagum dengan si gadis cantik manis ini. Sungguh memberi inspirasi!

Akhir kata, Tahniah buat si cantik manis Hanis Zalikha atas kejayaan anda berkarya sehingga membuatkan saya jatuh cinta pandang pertama dengan anda dan buat anda yang pertama kali membaca entry pertama ini, saya ucapkan jutaan terima kasih serta mohon maaf sekiranya entry pertama ini begitu banyak kekurangan.



Dengan penuh keterujaan yang maksima diucapkan..

salam perkenalan untuk anda semua.

Chiow :)

 
Hye Babes © 2008 Template by Exotic Mommie Illustration by Dapina