Tuesday, January 5, 2010

10 TIPS MELUPAKAN SI DIA APABILA ANDA PUTUS CINTA

MY ALL- Mariah Carey

I am thinking of you
In my sleepless solitude tonight
If it's wrong to love you
Then my heart just won't let me right
Cause I've drowned in you
And I won't pull through
Without you by my side
I'd give my all to have
Just one more night with you
I'd risk my life to feel
Your body next to mine
Cause I can't go on
Living in the memory of our song
I'd give my all for your love tonight
Baby can you feel me
Imagining I'm looking in your eyes
I can see you clearly
Vividly emblazoned in my mind
And yet you're so far
Like a distant star
I'm wishing on tonight
I'd give my all to have
Just one more night with you
I'd risk my life to feel
Your body next to mine
Cause I can't go on
Living in the memory of our song
I'd give my all for your love tonight
I'd give my all to have
Just one more night with you
I'd risk my life to feel
Your body next to mine
Cause I can't go on
Living in the memory of our song
I'd give my all for your love tonight
Give my all for your love
Tonight



Anda baru sahaja putus cinta?



Tidak boleh melupakan si dia?



Masih terbayangkan kekasih lama?




Hey. Come on babes!

Dunia terbentang indah buat anda. Tidak perlu menangis kerana kehilangan seorang kekasih yang tidak menghargai diri anda. Tarik nafas. Pejam mata dan teruskan kehidupan! Perjalanan masih jauh ke hadapan untuk anda. Bukan anda seorang sahaja pernah mengalami putus cinta sebegini. Hampir semua manusia didunia ini akan melalui fasa ini dalam kehidupan mereka. Termasuklah saya.


Secara jujurnya putus cinta merupakan antara perkara yang paling ditakuti oleh semua makhluk didunia ini (tidak terkecuali kucing kak bedah belakang rumah tok ayah adik lebai sepet pun baru sahaja putus cinta dengan tupai terbang rumah jiran pak anjang). Jika anda telah cuba sedaya upaya menyelamatkan keadaan dan si dia masih tetap untuk memutuskan hubungan, Jadi apa yang perlu anda tangiskan? Apa yang perlu anda kesalkan? Mari kita terokai hidup baru dengan 10 tips melupakan si dia!


Mari kita mulakan :


1. Duduk tegak. Tarik nafas. Pandang ke hadapan. Tutup mata anda. Sebut nama penuh anda didalam hati dan lepaskan nafas anda perlahan-lahan. Kemudian ambil racun rumput dan minum seteguk dua. Opsss..salah taip pulak (kau nak mampos ke bagi tips yang bukan-bukan ni. Serius cepat. okay. okay. maaf ye)


SILA ABAIKAN. Terima kasih.


Kita ulang semula langkah tadi. Duduk tegak. Tarik nafas. Pandang ke hadapan. Tutup mata anda. Sebut nama penuh anda dengan bin/binti sekali. Kemudian bayangkan wajah ibu bapa anda dan masa-masa gembira anda bersama keluarga anda. Zaman anda bersekolah tadika sehingga kini. Bayangkan yang indah-indah sahaja tau. Segala yang sedih-sedih kita tolak tepi. Bisikkan dalam hati anda bahawa: "Sebelum anda berjumpa si dia pun anda boleh hidup bahagia. Kenapa tidak sekarang?''



Fikirkan bahawa keluarga dan rakan-rakan anda akan sentiasa dekat dengan anda. Mereka akan sentiasa menyokong anda tidak kira apa jua keadaan anda sekalipun. Sesi ini mengambil masa lebih kurang setengah jam (kalau sampai tertidur keluar air liur basi lagi bagus). Jika telah selesai, buka mata anda perlahan-lahan.



2. Masukkan segala kenangan anda dengan si dia didalam satu kotak khas (surat-surat, gambar peribadi, bunga dan sebagainya). Jika terdapat lagu-lagu kegemaran anda bersama si dia atau gambar-gambar peribadi anda didalam laptop/PC anda, wujudkan satu fail khas untuk memuatkan semua kenangan tidak berguna itu secara pukal. Kemudian namakan fail atau kotak khas itu dengan nama orang yang paling anda benci di dunia ini. Harus diingatkan jangan sesekali buka kotak/fail ini buat sementara waktu (lainlah kalau anda memang nak menangis 24 jam dan cucuk mata anda dengan garpu besi karat 16 inci). Sorok kotak/fail ini ditempat yang paling anda susah untuk melihatnya. Contoh nama fail adalah seperti berikut:


C:\Documents and Settings\admin\My Documents\syaitannirojimlaknatullah



3. Telefon rakan baik anda dan pergilah berpoya-poya. Lagi ramai lagi baik. Kalau boleh berpoya-poyalah dengan rakan baik anda yang single mingle dan berfikiran gila-gila. Jangan sesekali keluar dengan rakan baik anda yang sedang angau bercinta. (Lagi haru kalau dibawa sekali teman lelakinya siap berpegang tangan, bersuap-suapan dan siap bercomolot lagi didepan mata anda. Mahu anda menangis meraung berguling-guling selama 6 jam 10 saat dari tingkat 3 Suria KLCC ke taman didepan Suria KLCC tu karang).



4. Ketawa pengubat duka. Tonton cerita lawak tak hengat samada wayang atau pun download diinternet beramai-ramai. Kalau anda malas sangat nak keluar duit tengok wayang, tengok sahaja klip video lawak yang boleh didapati dilaman internet seperti YouTube dan lain-lain (maklumlah wayang sekarang ini pun dah mahal. Dulu teman lelaki anda sponsor, takpelah kan). Harus diingatkan jangan sesekali menonton cerita kisah komedi romantik buat masa ini. Elakkan juga dari mendengar lagu-lagu cinta dan lagu dijangka kurang membantu anda bermotivasi seperti Jodoh-Kumpulan Wali (walaupun iramanya memang best gila babas tapi mohon dielakkan ya)



5. Senaraikan semua keburukan si dia dengan sepenuh hati. Lagi bagus anda senaraikan ayat celupar yang pernah dilemparkan kepada anda oleh sidia. Catatkan sekali masa dan tarikhnya jika ianya membantu anda. Kemudian tampal ditempat yang paling mudah anda lihat. Jika anda tiba-tiba sahaja teringatkan si dia, cepat-cepatlah anda membaca semula senarai tersebut dengan nada suara kuat, penuh gaya, mutu dan keunggulan.



6. Luangkan masa untuk memanjakan diri sendiri dan keluarga. Pergi bercuti. Ambil cuti dan tenangkan fikiran. Tahukah anda bahawa di Jepun, jika anda seorang pekerja yang mengalami putus cinta, anda dibenarkan mengambil cuti rehat untuk menenangkan fikiran? Jika anda tidak berkesempatan untuk bercuti, sibukkan diri anda dengan kerja atau sebarang aktiviti berfaedah. Elakkan sama sekali ke tempat-tempat yang dijangka ramai pasangan bercinta menghabiskan masa ditempat-tempat seperti taman tasik, shopping complex dan sebagainya. Lagi satu jangan sesekali anda menjenguk ke tempat anda dan bekas kekasih anda pernah bermesra-mesraan dan bertepuk tamparan. Hindarkan terus. Kalau anda pernah bermesra di Mid Valley (contoh ya) dan anda duduk di Klang kemudian berkerja di Bangi, terpaksa lalu juga di depan Mid Valley tersebut..maka eloklah anda pergi ke seremban dulu pusing 360 darjah kemudian pusing ke tol sg besi, lalu di depan komplek utama tabung haji, terus wisma tan & tan, masuk NKVE patah balik ke mana-mana je lah..asalkan sampai opis anda dan jangan lalu Mid Valley. Biar terpaksa memandu jauh. Biar terpaksa bayar tol beribu. Asalkan jangan sakit hati ye tak?



7. Berchatting atau lawat laman web sesawang yang menawarkan laman sembang seperti Yahoo Messenger, MIRC, Facebook, Twitter dan sebagainya. Temuilah dan terokailah laman web tersebut. Moga-moga anda akan bertemu dengan rakan baru dan mana tahu, anda akan jumpa pengganti si dia!



8. Memandu dengan berhemah. Memandu sejauh yang mungkin yang anda mampu sambil anda dengarkan lagu-lagu yang ceria seperti lagu Tom Tom Bak, Ikan Kekek Mak Iloi-iloi (perlukah?) atau ayat-ayat suci Al-Quran (ya! Ini baru betul). Jika tiba-tiba anda terasa hendak menangis, berhentilah di R&R berdekatan, menangislah sepuas-puasnya hingga bengkak mata. Kemudian pakai kaca mata besar, tarik nafas dan teruskan pemanduan anda dengan jayanya.




9. Shopping. Ini khas untuk perempuan sahaja (lelaki pun apa salahnya kan. Ya betul. 10 markah). Pasang badan anda dengan baju baru dan ubah penampilan anda kepada yang lebih positif. Jika anda seorang perempuan yang berisi dan banyak duit (ini amat penting ya) kunjungilah pusat pelansingan badan dan pasang badan. Tekadkan azam anda bahawa anda akan lebih cantik dari teman wanita baru si dia!! Baru dia akan menyesal tinggalkan anda hanya kerana perempuan kurus itu. Jika anda seorang perempuan yang berisi tetapi tidak mempunyai peruntukan untuk menghabiskan perkara seperti itu, anda boleh bersenam 20 minit sehari. Kekalkan berfikiran positif dan amalkan diet berprotein tinggi (-_-")




Cakap pada diri sendiri ayat motivasi seperti ini:


'Tunggulah..aku dah cantik esok..aku akan cari boyfriend lagi hebat dari kau!!'


atau


'aku akan buat kau menyesal tinggalkan aku!!'


* ayat diatas hanya contoh sahaja ya..tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.




10. Berdoa dan tawakal. Ini adalah merupakan tips yang paling mujarab! Berdoalah kepadaNya moga-moga anda sentiasa tabah menghadapi saat sukar ini dan harus diingat bahawa Dia tidak akan menguji hambaNya jika kita mampu menghadapinya. Jangan lupa untuk berdoa untuk dipertemukan dengan jodoh yang paling ideal buat kita. Paling bagus buatlah solat istikharah. Tawakal dan berusahalah. InsyaAllah. Setiap yang pahit itu akan manis akhirnya :)




Demikianlah. 10 tips diatas secara jujurnya adalah merupakan tips yang saya akan buat apabila saya putus cinta. Jangan bimbang. Bukan anda seorang sahaja pernah mengalami saat-saat sukar seperti ini ya. Sekiranya masih tiada ruang lagi untuk memperbaiki keadaan, mungkin anda tidak bernasib baik kali ini tetapi mana tahu selepas ini, ada anak raja yang akan masuk meminang anda! Siapa tahu kan? (ayat nak sedapkan hati je) :P



Akhir kata, tabahkan hati. Pandanglah dunia ini yang luas terbentang. Fikirlah positif. Anda tidak keseorangan. Kami sentiasa ada dekat dengan anda. Disisi anda. Dekatkanlah diri denganNya. Tuhan, selangkah ku dekat padaMu, seribu langkah Kau dekat padaku. Semoga anda tabah dan berjaya melupakan si dia. Chaiyok chaiyokkk!!





















0 comments:

 
Hye Babes © 2008 Template by Exotic Mommie Illustration by Dapina