Sunday, February 28, 2010

perempuan merajuk vs lelaki malas nak pujuk

merajuk lagi? olololoooo..
Pic credit to : mazliza on flickr photo

Kenapa ye perempuan suka sangat nak merajuk? Kenapa juga lelaki sangat malas nak pujuk perempuan yang merajuk? Haa..tentu semua sudah sedia maklum selalunya pasangan bercinta je yang sangat suka melakonkan drama merajuk dan pujuk ini. Tetapi tahukah anda bahawa rajuk perempuan ini telah menjadi lumrah alam dan perempuan ini dijadikan Allah swt sebagai makhluk yang mempunyai jiwa yang amat halus buatanNya?


Pelik juga lelaki seolah-olah menghukum perempuan
yang merajuk ini sebagai gedik. Kaum lelaki harus tahu bahawa perempuan tidak akan sekali-kali merajuk jika kaum lelaki tahu bagaimana hendak mengendalikan jiwa kaum hawa ini. Kaum hawa pun kalau merajuk janganlah melampau-lampau sangat. Sikit-sikit sudahlah. Kalau setakat si dia terlupa nak beli belacan pun nak merajuk juga? alahai..Merajuk ini ada macam-macam cara dan style..hehehe. Ada yang tak bertegur sehari suntuk. Ada yang jika dapat hadiah mahal baru berhenti rajuknya. Ada yang menangis berguling-guling dan tak kurang juga yang tak bertegur sapa hingga berbulan-bulan *mak oiiii merajuk fesyen alaf baru agaknya* :)


Okay. Jujur. Saya merajuk dengan teman lelaki saya hari ini. Rasanya semua rakan
-rakan saya di Facebook pun tahu. Habis status saya di Facebook saya taip sebagai *merajuk*. Untuk pengetahuan anda, saya JARANG merajuk KECUALI jika ada perkara-perkara yang saya rasa saya PATUT merajuk dengan si dia. Kalau saya merajuk, saya akan mematikan langsung talian telefon bimbit saya. Bila keadaan agak reda sikit dan rasa keadaan agak terkawal, saya akan buka semula talian telefon bimbit saya. Seronok bila nampak sms yang menunjukkan 'misscall' si dia berkali-kali. Perghh..rasa amat dihargai. Masa itu rasa kita memang disayangi. *cheewah*

Umum dah tahu, lelaki ada macam-macam kategori. Ada yang romantik, ada yang kasar, ada yang ganas
gila tetapi dalam hati ada taman *hehehe*. Semua atas diri lelaki tersebut masing-masing. Mungkin cara pendidikan atau cara persekitaran yang mendidik lelaki sedemikian rupa. Tanyalah mana-mana perempuan didunia ini sekalipun. Mereka amat mendambakan lelaki yang suka memanjakan diri mereka. Memanjakan disini bermaksud sentiasa prihatin akan tarikh istimewa bagi anda berdua, sentiasa prihatin akan perasaan mereka dan sentiasa memahami dan meletakkan mereka bagai puteri dihati anda sebagai kekasihnya. Mungkin anda kurang berikan kasih sayang secukupnya untuk si dia. Mungkin anda sudah lama mengabaikannya. Macam-macam alasan si dia boleh merajuk. Selalunya perempuan ini jarang merajuk kecuali ada sebab tertentu yang dia fikir yang dia tidak salah untuk merajuk.

Bukan susah nak pujuk perempuan ini. Jika si dia merajuk
, anda hanya perlu cepat-cepat pujuk dengan kata-kata manis anda. Biar anda kurang kacak tetapi ayat mesti power bro ! Sendiri mahu ingat. Tidak semestinya anda perlu pujuk kekasih anda dengan pemberian hadiah yang mahal-mahal. Kalau anda berduit, apa salahnya telefon si dia dan luang masa sejam dua. Selami hatinya. Atau belikan hadiah yang comel seperti cupscake, bunga mawar hidup, coklat cadbury dan sebagainya. Kalau anda bukan berduit dan poket ala-ala kering kontang, cukup hanya dengan kata-kata manis. Tekan menu-message-create message-taip nombor hp si dia-taip *hai sayang..dah2 lah tu merajuk..jgn majuk lagi ye? i love you*-send message-delivery report-delivered. Haa..sah hati si dia akan cepat-cepat sejuk. Confirm! Bukan susah sangat pun ! Itupun malas ke lelaki nak pujuk? adoyai..

Sedih. Saya merajuk semalam. Si dia telefon saya dan mengatakan
bahawa dia BOSAN. Sangat sedih rasanya padahal saya merajuk baru kali pertama dalam tempoh 3 bulan ini. Bukannya saya suruh dia belikan saya tiket kelas pertama ke Paris atau ke Bombay yang perlu dia menyanyi-nyanyi berguling sambil mendendangkan lagu *Kuch Kuch Hotak Hang* atau saya memaksa si dia memakai baju kuning DiGi dan nyanyi sambil gegoyang punggung lagu hindustan *macam iklan DiGi tu*. Sumpah saya tidak suruh pun. Apa yang saya inginkan hanya kata-kata seperti *sudahlah sayang..kesat air mata tu ye..* atau *sorry sayang* atau..bla bla bla *kalau saya taip sampai kiamat belum tentu habis* :(

Apapun, dalam bercinta ini perlu ada tolak ansur. Merajuk itu kadang-kadang boleh mengeratkan lagi hubungan cinta
anda. Jika terlampau merajuk pula akan membawa kepada kekeruhan hubungan anda berdua. Maka tolak ansur itu adalah penting. Faham kehendak si dia. Maka pembawaan rajukan itu adalah penting. Kalau sekarang baru zaman bercinta dah malas nak pujuk, bila dah nikah, isteri mengandung merajuk begini merajuk begitu. Camna? adeh..Janji anda tahu kendalikan hubungan anda semuanya pasti akan okay. Lelaki juga harus belajar memujuk. Perempuan juga harus belajar mengawal diri dari berterus-terusan merajuk. Belajar. Belajar. Belajar. Jangan malas belajar. Tidak rugi. Internet kan ada. Gunakan lah peluang yang ada untuk memahami pasangan anda.

Akhir kata, selamat memujuk & selamat merajuk. Berfikirlah positif bahawa mungkin rajuk si dia itu menandakan
bahawa anda sudah lama tidak prihatin akan keadaan dirinya. Moga segalanya selepas ini akan menjadi okay tiba-tiba. Tata.

Nota kaki untuk si dia :

nanti bila i dah okay, i will switch on my cute Nokia E72 later kay? jgn risau..rajuk i x lama :(

Sunday, February 21, 2010

hinakah menjadi perempuan G.E.M.U.K ?

Bayangkan situasi ini berlaku kepada anda. Anda seorang lelaki yang agak sempurna. Tall, dark and handsome. Tiba-tiba ketika anda sedang khusyuk menikmati makanan anda disebuah restoran segera seorang diri, anda menerima nota salam perkenalan dari pelayan restoran bahawa ada seorang wanita ingin berkenalan dengan anda. Pelayan restoran tanpa rasa bersalah terus menunjukkan bahawa wanita yang ingin berkenalan dengan anda duduk nun jauh dipelusuk restoran tersebut dan wanita yang ditunjukkan itu tersenyum malu pada anda adalah seorang wanita yang beratnya lebih dari 150kg !

Sudikah anda menyambut salam perkenalan wanita tersebut?

Saya dah agak dah..tentu anda tak senang duduk dibuatnya. Paling tidak hati anda menyumpah-nyumpah seranah lengkap dengan bacaan doa tolak bala untuk mengelakkan anda menjadi perhatian wanita tersebut. Ada hati perempuan gemuk ini nak ngorat aku..badak air pun lagi lawa dari kau, tau.. cermin la diri sikit..gerutu anda dalam hati. Sumpah. Sebulan anda takkan jejak kaki ke restoran itu lagi. *amboi amboi amboi..mulut tu takde insurans*

Kejamkah anda?

Hinakah menjadi perempuan GEMUK ?



*salahkah wanita ini GEMUK?*
credit : contempster on Flickr Photo

Jika kita lihat semua paparan iklan komersial kini lebih mengutamakan wanita langsing menjadi duta produk mereka. Malah tanyalah mana-mana lelaki pun didunia ini. Sanggupkah mereka menerima seorang perempuan gemuk menjadi kekasih hati mereka? Mungkin ada seorang dua yang sanggup..selebihnya?

Secara jujur. Saya juga pernah menjadi gemuk. Malah berat saya ketika remaja mencecah sehingga 100kg. Semua lelaki memandang sinis kepada saya. Masuk saja sekolah agama berasrama saya dipulaukan. Tiada siapa sudi kawan dengan saya. Begitu juga ketika saya menuntut disalah sebuah IPTA di utara. Semua ejek saya dengan gelaran Gorilla.

Satu kenangan yang tidak akan saya lupakan selamanya pernah ketika saya dan dua orang lagi rakan (seorang rendah dan seorang lagi kurus tinggi) berjalan pulang ke kolej kediaman dari menghadiri kuliah malam melintasi sekumpulan mahasiswa yang saya akui semuanya menjadi kegilaan pelajar kolej ketika itu. Ketika betul-betul kami bertiga melintasi sekumpulan mahasiswa itu tadi, mereka menyanyikan lagu Pok Pok Pok..Bujang Lapuk. Sah-sah mereka mengejek kami yang mana saya yang gemuk sebagai watak Tan Sri P. Ramlee dan selebihnya watak Ajis dan Sudin dalam cerita Bujang Lapok. Malu tidak terkira ketika itu. Apatah lagi mereka nyanyikan lagu itu didepan sekumpulan mahasiswi yang cantik jelita. Esoknya kami bertiga menjadi bahan ketawa dan ejekan dikampus. Sedihkan?




*benarkah GEMUK itu satu seni?*
credit : robinson kruso on Flick Photo


Ketika berada di alam pekerjaan, saya berkenalan dengan seorang teman lelaki dilaman sembang internet. Saya tidak pernah merahsiakan berat badan saya kepada sesiapapun. Ketika janji temu kali pertama, dia melayan saya dengan baik sekali. Selepas habis janji temu tersebut saya pulang ke rumah dengan harapan yang lelaki tersebut boleh menjadi kawan lelaki saya yang paling baik *tak harap pun jadi boyfriend saya tau*. Tetapi sebaik saja saya sampai dirumah, beliau menghantar pesanan ringkas kepada saya dengan mesej ringkas dan padat lebih kurang begini : hai b*bi gemuk. jgn harap aku nak kawan dengan kau. bye.

Saya terpinga-pinga. Hinakah menjadi GEMUK?

Dipendekkan cerita, sejak dari hari itu saya mula berazam untuk kurangkan sedikit berat badan saya *hello bukan untuk cari cinta ya tetapi untuk kesihatan*. Dengan izin Allah swt, saya berjaya turunkan berat badan sedikit demi sedikit. Sehingga saya pernah menjadi model pakaian muslimah untuk beberapa pertunjukan fesyen *bukan model terkenal pun. model pak pacak je*. Bukan bangga diri tetapi rakan-rakan yang pernah menghina saya dulu turut terkejut dengan perubahan agak besar saya ini. *alaaa..sekarang pun bukannya kurus sangat pun. Kurus sikit je berbanding dulu..cheewah*

Berdasarkan pengalaman pahit yang pernah saya tempuhi dulu, saya berjanji dalam diri saya bahawa saya tidak akan sekali-kali akan menghina sesiapa saja yang bertubuh besar dengan gelaran GEMUK. Sebab saya yakin mana-mana manusia pun tidak suka dipanggil GEMUK. Itu merupakan satu penghinaan dan mengaibkan.Gemuk itu satu anugerah Tuhan. Tubuh anda adalah anda. Mungkin anda ditakdirkan bertubuh sedemikian. Jangan malu dengan diri anda. Hargailah kurniaan Tuhan. Jika anda gemuk, pedulikan apa saja kata orang lain terhadap anda. Fikirlah secara positif disamping mengawal pemakanan anda. Hanya anda saja yang tahu apa yang terbaik untuk anda.

Kepada yang pernah mengusik saya dahulu dengan gelaran GEMUK dan sebagainya, terima kasih kerana anda telah menjadikan saya seperti saya yang anda lihat pada hari ini. Tanpa usikan anda, saya tidak akan mampu tersenyum pada hari ini.

Terima kasih kepada Allah swt. Terima kasih kepada ibubapa dan keluarga saya kerana ketika saya gemuk dahulu kalian tetap bersama saya. Begitu juga beberapa orang teman saya. Kini saya berterima kasih kepada teman lelaki saya kerana sentiasa menerima saya seadanya. Saya sayangkan anda semua.

Cuma satu persoalan yang masih terngiang-ngiang dikepala saya yang sehingga kini tiada jawapannya: Hinakah menjadi perempuan GEMUK? Anda mungkin tahu jawapannya.

*GEMUK itu sexy*

say NO to SELFISH !


Selfish. Pentingkan diri. Bukan jual ikan.


credit : woderferret on Flickr Photo


Sikap pentingkan diri boleh membawa kepada ketidakpuasan hati. Bila ketidakpuasan hati timbul maka timbul keadaan yang tidak selesa. Keadaan tidak selesa ini akhirnya membawa kepada situasi yang sukar dikawal. Pelik.

Kenapa perlu ada sikap pentingkan diri sendiri? Hubungan cinta misalnya perlu ada sikap tolak ansur atau lebih mudah disebut sebagai give and take.

Contoh : Bayangkan situasi ini. Kekasih anda bergegas dari pejabat sejauh 60km semata-mata untuk bertemu dengan anda. Menempuh kesesakan jalanraya untuk menjemput anda dari pejabat dan belanja anda makan kegemaran anda *satu set besar Double Prosperity Burger Mc Donalds*. Usai makan, anda mohon si dia hantar anda pulang ke rumah. Sedangkan si dia belum habis penat lagi. Punggung pun belum panas lagi duduk atas kerusi keras Mc Donalds tu. Jerawat kat punggung pun belum tumbuh lagi, anda dah mohon si dia hantar balik rumah. Si dia dengan paksa rela pun hantar anda balik ke rumah.


Kemudian bergegas pulang semula ke rumahnya sejauh 40km. Bila si dia sedang memandu anda pula tanpa rasa bersalah terus tidur kekenyangan (maklumlah kenyang giler makan double prosperity Mc D tadi kan..) Tanpa terbit rasa bersalah. Tanpa ada sms ucapan terima kasih atau bertanya samada si dia selamat sampai dirumah sedangkan waktu ketika itu sudah tengah malam dan si dia masih terkial-kial memandu sedangkan anda telah sampai ke bulan bintang lena dibuai mimpi indah!


Adilkah begitu? Tidakkah anda rasa bersalah? Tidak kesiankah anda pada si dia? Lagi haru kalau kekasih anda itu seorang gadis suci! Dimana sikap prihatin anda sebagai seorang lelaki?Nak dijadikan cerita, bayangkan si dia sedang memandu ketika itu dan diekori sekumpulan lelaki jahat dalam sebuah kereta dipandu laju. Kereta si dia akhirnya ditahan dilorong yang gelap sunyi, si dia dipaksa membuka pintu, si dia menjerit meminta tolong dan...(ah..babak 18sx ini tidak perlu diceritakan selanjutnya. Semua dah faham) Kejadian ini akhirnya berlaku diwaktu anda sedang lena tidur dan anda hanya mengetahui kekasih anda dirogol beramai-ramai ketika anda membaca berita utama akhbar perdana pada keesokan harinya!


Adakah anda sanggup tersenyum riang berguling-guling, menangis atau anda akan anjurkan parti buih meraikan paparan berita utama tersebut?


Bukan dalam hubungan cinta saja sikap pentingkan diri ini timbul. Malah dalam setiap perkara yang melibatkan hubungan sesama manusia terjadi. Sikap ini bermula dengan peristiwa pembunuhan kedua putera Adam a.s iaitu Habil dan Qabil yang melakar sejarah menjadi peristiwa pembunuhan pertama di atas muka bumi.


Kisah selanjutnya anda boleh layari laman web sesawang
http://harmoni-my.org/arkib/kisahnabi/kisahhabildanqabilputeranabiadamas.htm


Sekiranya anda inginkan suasana harmoni dalam apa juga perkara dalam kehidupan anda, tidak kiralah samada hal peribadi atau tugas rasmi. Janganlah amalkan sikap pentingkan diri sendiri. Ia bukan sahaja akan memusnahkan karier anda malah ia juga akan menjahanamkan diri anda sendiri. Amalkan sikap empati yang mana meletakkan diri anda pada tempat orang lain akan membuatkan anda lebih dihargai, disayangi dan dihormati.


Ingin diingatkan sekali lagi, bukan penghormatan yang diinginkan tetapi sikap tolak ansur ini akan menjadikan hubungan sesama manusia lebih bermakna. Percayalah. Saya bukan sesiapa. Bukan penyair. Bukan ahli politik. Bukan artis. Bukan idola atau sesiapa pun. TETAPI saya hanya manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan yang ingin mengingatkan sesama kita agar tidak melampaui batas-batas agama dan kehidupan. Ini kerana saya percaya bahawa tulisan ini adalah satu peringatan buat diri saya sendiri dan anda juga dan saya percaya bahawa tulisan adalah lebih tajam dari hujung pedang pahlawan.

Ingat! Sikap pentingkan diri membawa kepada permulaan sikap yang tidak wajar dicontohi. Jika anda pentingkan diri, tidak mustahil anda akan terjebak dengan gejala rasuah. Seterusnya bukan sahaja menghancurkan institusi keluarga malah menghancurkan generasi baru anda.


Akhir kata..katakan tidak pada sikap pentingkan diri.
please say NO to Selfish. Bukan say no to jual ikan :)

Wednesday, February 10, 2010

Nokia E72 *what a smartphone* :)

Adeh..panasnya cuaca hari ini.

Terasa seperti berada ditengah-tengah Gurun Sahara *cheh macam pernah melancong atau berpoya-poya mandian buih bagai digurun sana*. Bayangkan cuaca panas terik seperti ini menemani anda sepanjang tahun. Oh tidak! Nasib baik hari ini hati saya disejukkan dengan kehadiran warga baru dalam hidup saya.

Ya! Selamat datang Nokia E72 ke dalam kehidupan saya!


Nokia E72 ini ditaja oleh diri saya sendiri bagi menggantikan Nokia N93i saya yang telah pecah LCD Screen sebelum sempat menemani saya ke bilik pembedahan tempoh hari.


Mari kita lihat tekstur Nokia E72 ini yang membuatkan saya jatuh cinta kali pertama tatkala melihatnya untuk pertama kalinya:

*hitam pilihan saya*

terdapat dalam 3 warna: black, silver & gold
*10 Februari 2010 (Rabu 630pm) Plaza Alam Central Shah Alam*
RM1,390 (zitron)

*wow..hebat bukan!*


Pada mulanya hati sangat teringin ingin memiliki BlackBerry ataupun iPhone tetapi memandangkan saya sememangnya merupakan pengguna setia Nokia, maka saya tanpa berfikir panjang terus nekad untuk memiliki model ini. Setakat ini rasanya memang berbaloi-baloi memiliki Nokia E72 ini. Jika anda sedang mencari telefon bimbit terbaru untuk dimiliki apakata anda mengikut jejak saya.

General
2G Network
GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
3G Network
HSDPA 900 / 1900 / 2100

HSDPA 850 / 1900 / 2100 - American version
Announced
2009, June
Status
Available. Released 2009, October
Size
Dimensions
114 x 58 x 10 mm, 65 cc
Weight
128 g
Display
Type
TFT, 16M colors
Size
320 x 240 pixels, 2.36 inches

- Full QWERTY keyboard-
-Five-way scroll key-
-Accelerometer sensor for auto rotate and tap-for-time-
-Optical trackpad
Sound

Alert types
Vibration; Downloadable polyphonic, monophonic, MP3 ringtones
Speakerphone
Yes

- 3.5 mm audio jack
Memory
Phonebook
Practically unlimited entries and fields, Photocall
Call records
Detailed, max 30 days
Internal
250 MB storage, 128 MB RAM
Card slot
microSD, up to 16GB, hotswap,
buy memory
Data
GPRS
Class 32, 100 kbps
EDGE
Class 32, 296 kbps
3G
HSDPA, 10.2 Mbps; HSUPA 2 Mbps
WLAN
Wi-Fi 802.11 b/g, Nokia VoIP 3.0
Bluetooth
Yes, v2.0 with A2DP
Infrared port
No
USB
Yes, v2.0 microUSB
Camera
Primary
5 MP, 2592 x 1944 pixels, autofocus, LED flash
Video
Yes, VGA@15fps
Secondary
VGA videocall camera
Features
OS
Symbian OS 9.3, Series 60 v3.2 UI
CPU
ARM 11 600 MHz processor
Messaging
SMS, MMS, Email, Instant Messaging
Browser
WAP 2.0/xHTML, HTML
Radio
Stereo FM radio with RDS; Visual radio
Games
Downloadable
Colors
Zodium Black, Metal Grey, Topaz Brown
GPS
Yes, with A-GPS support; Nokia Maps 3.0
Java
Yes, MIDP 2.0

- Digital compass-
-WMV/RV/MP4/3GP video player-
-MP3/WMA/WAV/RA/AAC/M4A music player-
-Document editor (Word, Excel, PowerPoint, PDF)-
-Flash Lite v3.0- Push to talk-
-Voice command/dial-
-Organizer-
-Printing


Standard battery, Li-Po 1500 mAh (BP-4L)
Stand-by
Up to 480 h (2G) / 576 h (3G)
Talk time
Up to 12 h 30 min (2G) / 6 h (3G)
Misc
SAR US
1.39 W/kg (head) 0.88 W/kg (body)
SAR EU
1.31 W/kg (head)



*Hebat bukan*

Sekiranya anda masih ragu-ragu untuk membuat pilihan, saya cadangkan anda membuat pilihan setelah anda membaca semua sekali komen-komen pengguna (terutama pengguna Nokia E72) dilaman sesawang http://www.gsmarena.com/nokia_e72-2831.php


Ayuh! Bertukar lah segera kepada Nokia E72 !


Nokia E72 *what a smartphone*
they are connecting people :)

Tuesday, February 2, 2010

Jom Kita Raikan Cinta !

Hye Babes :)

Anda bersedia untuk meraikan cinta?


Tidak kisahlah anda menyambut 'Valentine Day' (maaf ye sebagai seorang yang dilahirkan sebagai orang Islam dan seorang Muslim saya tidak akan sekali-kali menyambutnya!) atau anda sedang mencari-cari tempat yang paling sesuai bagi meraikan momen anda bersama kekasih hati atau hari-hari anda sememangnya memang penuh romantik dan dikelilingi pari-pari cinta memegang anak panah antara anda dan si dia *wow romantiknya*
(-_-")


Saya ingin mengajak anda meraikan cinta di T.G.I Friday Restaurant yang bagi saya sememangnya amat romantik sekali. Jika saya mati hidup balik pun saya akan tetap memilih T.G.I Friday Restaurant (iklan: Saya Mesti Pilih!) bagi meraikan detik keemasan ini. (untuk pengetahuan anda, saya bukan jurucakap T.G.I Friday Restaurant ye. Harap maklum) Saya berani mencadangkan kepada anda kerana baru-baru ini saya berkesempatan meraikan saat indah bersama yang tersayang *Happy Birthday Sayang :)* direstoran tersebut yang terletak di Plaza Damas, Sri Hartamas Kuala Lumpur pada 01 Februari 2010 yang lalu.


Pada mulanya puas tercari-cari tempat yang paling sesuai untuk meraikan saat indah untuk si dia. Puas melayari laman web sesawang tetapi tiada tempat yang sesuai sehinggakan terfikir untuk buat-buat lupa sahaja hari ulangtahun si dia (hahaha..mampos kena sekeh kepala ni karang) tetapi tidak sampai hati pula (cheewah :P).


Makanan yang lazat dan suasana yang memang romantik, pasti membuatkan anda dan si dia tidak terasa betapa cepatnya masa berputar diantara anda (cheh jiwang :P). Mari kita lihat menu yang kami telah berlumba-lumba menghabiskan. Sedap hingga tidak terkata :)




Jack Daniel's® Steak

*nyam nyam nyam..aummm*


Jack Daniel's® Chicken & Shrimp

*si dia memilih beef steak*


terdiri dari 2 jenis sos..ada sos yang mengandungi alkohol tetapi anda boleh memilih untuk makan dengan BBQ Sauce. Hurmm..rasanya menu ini paling mahal kot (hahaha..mentang-mentang lah birthday dia..bagi chance la kan..dalam hati *adeh kopak duit gaji aku..hahaha) Si dia tersenyum panjang :)


(-_-")




Brownie Obsession


*ini pilihan saya*

Hebat bukan?

sememangnya penuh dengan rasa cinta.

Ketika chocolate brownies tersebut sedang mencair dimulut terasa seperti terbang diawang-awangan

*amboi~ tingginya imaginasi..kalah Sin Chan* hahaha


Habis diet saya untuk bulan ini :(




Strawberry Lemonade Slush


*pilihan si dia*


rasanya memang masam-masam manis (banyak masam dari manis)


saya bagi 10 markah :)

*8 markah untuk kesedapan minuman ini, 1 markah sebab saya yang bayar bil dan 1 markah lagi untuk mamat hensem yang menghidang minuman ini :P*






Dessert Minis


*antara dessert yang ada*

menu lain memang superb giler cuma terpaksa menahan nafsu kerana kalau saya pesan kesemuanya dalam buku menu tersebut ditakuti saya terpaksa menyingsing lengan didapur restoran ini untuk mencuci pinggan kerana tak mampu bayar *hahaha gurau je beb*


kalau anda dalam proses diet (tidak kisah lah diet poket atau diet perut, anda dinasihatkan jangan sekali-kali mencuba semua menu diatas. TETAPI sekali sekala untuk meraikan saat indah bersama si dia yang tersayang apa salahnya kan :P)


Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman web rasmi T.G.I Friday Restaurant untuk lebih informasi.


http://www.fridays.com.my/index.html

Moga si dia dan anda berbahagia bersama


Selamat Meraikan Cinta :)





Mari Merancang Kejutan Untuk Si Dia ! :)

Hye Babes :)


Siapa dikalangan anda yang suka pada kejutan, sila angkat tangan? Wah..nampaknya Kak Bedah, Kak Peah dan Makcik Piah dibelakang rumah turut angkat tangan. Eh. Si Tompok kucing Pak Long Seman pun angkat tangan juga? Memang hebat. Semua suka pada kejutan ya. Termasuklah saya dan anda kan :) *semua watak diatas hanya rekaan semata-mata dan tiada kena mengena antara yang hidup atau yang meninggal dunia. Sila abaikan ye. Terima kasih* :)


Kali ini saya ingin berkongsi saat saya merancang kejutan buat seseorang pada hari ulangtahunnya. *tak habis-habis catatan untuk meraikan cinta ye?* Jika anda ingin merancang sebarang kejutan, mungkin catatan ini akan mendatangkan idea buat anda *tingggg...haa..nampak tu ada mentol idea muncul diatas kepala anda..hehehe :)* Tak salah anda mencuba asalkan si dia tersenyum riang :D


Tidak susah. Sangat mudah dan romantik. Anda hanya perlu ada laptop dan jari sahaja. Opsss..wang pun perlu juga. Jangan lupa. Semua barang dalam dunia ini mesti guna wang. Masuk tandas pun kena guna wang juga. Semua guna wang kecuali masuk ke masjid :)


Hanya dengan satu klik sahaja, anda akan dapat merancang kejutan yang bermakna untuk si dia. Tidak kisahlah samada keraian apa yang ingin anda raikan. Ulangtahun. Hari Kekasih. Permohonan Maaf atau anda ingin pamerkan rasa simpati. Semua perasaan anda dapat digambarkan hanya dengan pembelian secara online ini.


Jom kita lihat apa yang dapat saya rancang kejutan untuk ulangtahun si dia dengan bajet yang begitu ciput giler. Perkataan bergaris itu amat penting kerana jika kita bajet melebihi dari apa yang kita rancangkan, tidak mustahil diulang suara sekali lagi ya *tidak mustahil* anda akan berjalan kaki pergi ke kuliah atau ke pejabat selepas berbelanja melebihi dari yang anda mampu.






*pilihan saya untuk si dia*

Chocolate Banana Cake 1 KG Chocolate Banana Cake With 5 Stalks Rose/Carnation.


Nampak yummy kan?


Eh. Anda boleh memilih samada 1/2 KG atau 1 KG kek mengikut keinginan anda :)

kek dihantar menggunakan polystyrene (takut kek cair kot)




*** Please order 1 Working Days in Advance.******


This design just for delivery in Kuala Lumpur and Selangor only.


Please contact their team should you need delivery for other states.
For Delivery All the State in Malaysia

*ada pelbagai jenis kek. Tiramisu Cake pun ada tau :)*


harga mungkin berbeza bergantung kepada dekorasi dan saiz kek tersebut



Please select your order :
1/2 KG Chocolate Banana Cake With 5 Stalks Rose - RM100.00
1/2 KG Chocolate Banana Cake With 5 Stalks Carnation - RM100.00
1 KG Chocolate Banana Cake With 5 Stalks Rose - RM128.00
1 KG Chocolate Banana Cake With 5 Stalks Carnation - RM128.00



Shop by Price
Below RM100

RM100 - RM150

RM150 - RM200

RM200 - RM250

RM250 - RM300

Above RM300

Select Range
0 - 99
100 - 299
200 - 399
400 - 699
700 - 999
1000 - 3999
4000 - 6999
7000 above



02 februari 2010 *selasa*-1030am


*bantal bentuk hati ini dijual -add on- berharga RM25.00 seunit*


-ukuran tidak pasti tapi nampak besar-


rasanya baldu kot :)






*juga dikirimkan kad*






*malangnya bertulisan tangan*


Kalau bertaip lagi cantik kan. TETAPI masih nampak sweet & kreatif

Hasilnya : Wah..si dia tersenyum panjang sepanjang hari :)

untuk keterangan lanjut dan lebih informasi

anda boleh layari laman web rasmi

http://www.bloom.com.my/MyMall/

pastikan anda tinggalkan no. telefon anda dan no. telefon si penerima yang tepat ketika membuat transaksi supaya sebelum penghantaran pihak berkenaan akan menghubungi jika ada sebarang kesulitan timbul kelak.

kebiasaannya mereka akan membuat call kepada si penerima terlebih dahulu sebelum membuat penghantaran dan sebaik sahaja penghantaran selesai dilakukan, satu sms makluman akan dikirimkan ke telefon bimbit anda.

mudah bukan? :)

Iklan 1: Jadilah Pengguna Yang Bijak

Iklan 2: Rancanglah Perbelanjaan Anda Sebelum Perbelanjaan Anda Dirancangkan

*nota kaki : iklan 2 poyo :)*

pilihan laman web lain yang ada (harga & tawaran mungkin berbeza)

http://www.blooming.com.my/

*selamat merancang kejutan untuk yang tersayang*

kejutan untuk saya pun boleh juga (-_-")

jangan bimbang

pasti si dia sangat teruja :)


p/s : jangan lupa sila beri makan pada ikan koi dan hamster saya (gadget)

diruangan tepi blog saya ini.

sila klik pada mereka untuk bermain dengan si comel ini :P



 
Hye Babes © 2008 Template by Exotic Mommie Illustration by Dapina