Monday, March 22, 2010

happy birthday to me :)

Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan diri saya sendiri..
Allah selamatkan kamu..
Wowowowoooo..
Terima kasih atas semua ucapan dan hadiah ulangtahun saya pada tahun ni. Selain dari hadiah dari family dan sedikit jamuan makan yang sangat best serta ucapan dari teman-teman, teman lelaki tidak ketinggalan juga memberikan kejutan yang tidak disangka-sangka.
Penghantaran terus 'Teddy Bear' berserta enam kuntuman ros membuatkan saya tidak lekang diusik rakan sepejabat. Paling kelakar malam sebelum itu tepat pukul 12 tengah malam si dia buat-buat lupa untuk mengucapkan ucapan ulangtahun. Rupa-rupanya kejutan dia pada keesokkan harinya itu betul-betul menjadi. Rasa terharu dan menyesal bila merajuk tak tentu pasal pada malam sebelum tu. Sempat tulis macam-macam dalam facebook. Merajuk.
hehehe.
Sorry sayang.
Untuk semua yang membuatkan saya berbahagia dan tersenyum pada hari lahir saya tahun ini, terima kasih sekali lagi. Anda lah anugerah yang terbaik yang pernah Allah kurniakan buat saya.
Terima kasih daun keladi, tahun depan nak hadiah lagi..
ngeee :P

Saturday, March 13, 2010

wanita dan airmata :'-(

Wanita dan airmata. Tragis betul tajuk ni.

Wowowowo..tajuk yang rasanya agak tipikal. Apapun, wanita dijadikan oleh Allah dari rusuk lelaki yang mana dekat didada untuk disayangi dan
dilindungi. Wanita dikurniakan emosi yang sensitif. Tidak semua lelaki memahaminya. Merajuk. Marah. Cemburu. Dendam. Sedih. Gembira. Semua wanita lontarkan hampir semua emosi mereka dengan airmata. Kadang-kadang terlupa nak beli sebatang lipstik pun airmata wanita boleh mengalir. Hebat bukan?


Wanita tidak boleh tersentuh emosinya maka akan mengalirlah airmatanya. Airmata adalah antara senjata wanita. Jujur. Saya sendiri menggunakan air mata saya semasa ditemuduga untuk jawatan yang saya jawat kini. Hahaha. Peduli apa. Janji aku dapat kerja. Ada aku kisah?


Lelaki pula tidak begitu. Mereka lebih memendam emosi mereka. Bayangkan lelaki merajuk, marah, gembira dan cemburu dengan air mata. Olololololooo..comeynya. Hahahaha. Biasanya lelaki lemah bila melihat wanita mengalirkan airmata didepan mereka. Apatah lagi jikalau wanita itu adalah wanita yang mereka cintai atau kasihi. Lantas mereka akan berkata : 'Dah lah tu..boleh tak u jgn nangis lagi. I rimas dan takut'..hahaha tau takut. Cepat-cepat mereka akan pujuk kita. Takut orang lain nampak katanya. Itulah dia senjata wanita!


Wanita dan airmata tidak boleh dipisahkan. Ibarat lagu dan irama. Kadang-kadang sambil tengok tv makan kuaci tengok cerita hindustan atau korea pun wanita boleh mengalir airmata. Pelik juga. Hero hindustan mati, wanita menangis juga. Hero kahwin dengan heroin diakhir cerita pun, wanita menangis juga. Kaum lelaki hanya menggelengkan kepala sambil terkekek-kekek ketawa menahan gelihati. Wanita potong bawang pun airmata mengalir juga? Payah. Haru biru dibuatnya. Bisik hati lelaki.


Lelaki apa tahu? Mereka sepatutnya memahami bahawa wanita diciptakan Allah dengan hati selembut-lembut sutera. Jika wanita yang anda sayangi dan kasihi menangis. Apa salahnya berikan mereka kata pujuk yang boleh membuatkan mereka menyimpul senyum. Berikan mereka pelukan dan sentuhlah bahu mereka dengan lembut. Rapatkanlah mereka didada anda. Berikan mereka perlindungan dan kasih sayang agar airmata mereka berhenti mengalir. Moga anda lebih memahami dan lebih berusaha untuk mengurangkan airmata ditumpahkan wanita. Percayalah. Mereka sangat memerlukan anda disisi mereka tatkala anda diperlukan.


Itulah gunanya lelaki. Tamat.
sumber gambar : Jake Rostron on Flickr Photo.

Friday, March 5, 2010

'Innity -Digital Media Vantage' sangat kejam

Huwaaa..Kejam. Sangat kejam. Mentang-mentanglah pelawat blog aku sikit je. Mentang-mentanglah trafik aku paling tinggi pun 36 je, pihak Innity *Digital Media Vantage* tolak cinta aku mentah-mentah.

Tindakan mu itu membuatkan aku tidur tidak lena mandi habis sekolam. Makan tak lalu nasi habis sepinggan udang. hohoho..encik Innity *Digital Media Vantage* kejam !


Hangin aku dengan ayat emel dia :

Dear Hye Babes,
Thank you for your application to join Innity Performance Network.
After a few rounds of review by our team, we have found that your site now does not yet meet our network criteria.
Therefore, we are unable to accept you into our network. We do believe in the potential of your site to grow substantially over the years and we are still open to future cooperation.
We have to ensure the effectiveness of Performance ads for our publishers and our advertisers. Hence, we review all publishers, and unfortunately we have to reject certain applicants.
If you need more information, please let us know.Thank you for your understanding.
Sincerely,The Innity Performance Network Team
This message was sent from an auto reply email address that does not accept incoming email. Please do not reply to this message

Adeh..siap tak bagi aku reply mesej dia ini. Huhuhu..kejam giler. Takpe-takpe..Kau tolak cinta aku ye encik Innity *Digital Media Vantage*..esok-esok kalau aku kahwin dengan putera raja ke, anak hartawan ke, jangan harap kau melutut kat kepala lutut aku.

Untuk membalas dendam, aku akan berusaha naikkan trafik blog aku.


Kalau trafik aku tinggi, jangan harap aku nak terima kau balik encik Innity *Digital Media Vantage* ye encik ye. Dan jangan sekali-sekali merayu dan melutut pada laptop aku untuk menerima cintamu yang dah berubah itu.

Berusaha!

Tuesday, March 2, 2010

argghhh..aku tamo jadi tua :(

credit to : collin key on flickr photo

Pernah anda terfikir bahawa : baru semalam sahaja anda melangkah ke sekolah tadika. Baru semalam anda melangkah ke sekolah rendah. Bermain bersama kawan-kawan. Menjerit. Melompat ke sana sini. Fikiran ketika itu tiada lain melainkan hanya bermain. Tidak perlu anda memikirkan gaji anda cukup atau tidak pada bulan ini. Tidak perlu memikirkan bil utiliti tertunggak. Semua tidak perlu. Apa yang anda tahu hanya bermain. Bangun pagi gosok gigi, minta duit yuran sekolah dari ibubapa anda, kadang-kadang duit belanja sekolah harus ditambah untuk menampung perut anda yang sangat suka kuih 'burger malaysia'.

Terasa baru semalam anda menjejak kaki ke sekolah rendah, kini anda melangkah ke sekolah menengah. Ketika ini anda mula merasakan alam remaja. Cinta monyet. Bagi gadis sunti pula ketika ini mereka mengalami perubahan hormon. Datang Haid. Manakala anak remaja lelaki pula mungkin sudah mengalami perubahan vokal. Anak tekak jantan mula timbul. *wah macho*

Pejam celik. Pejam celik. Anda kini telah menjejakkan kaki ke universiti. Takpun jika anda kurang bernasib baik dalam pelajaran, ada jodoh sesudah Sijil Pelajaran Malaysia anda sudah dipinang orang atau yang lelaki pula keluar terus mencari kerja untuk sesuap nasi. Takpun kalau anda memang tidak sayang diri anda, anda memilih untuk menuntut di Pusat Serenti *huhuhu*. Kalau anda dimenara gading, bertahun-tahun anda berhempas pulas dengan menuntut ilmu anda kini berada dialam pekerjaan. Seketika kemudian anda berjumpa teman sejiwa anda. Tunang. Nikah. Anak pertama. Anak kedua. Anak ketiga dan seterusnya. Kalau anda tidak bernasib baik, anda didapati mandul. *uihhh..haru satu dunia*

Selang beberapa tahun kemudian, anda dapati kesihatan anda sering terganggu. Anak dah besar panjang. Tak lama lagi nak menerima menantu. Uban mula tumbuh. Makin dicabut uban anda makin galak pula uban anda tumbuh. Geram sungguh. Rasa macam nak lumur racun tikus biar rambut anda tak tumbuh-tumbuh lagi. Kalau perempuan pula masa ini lah mula berjinak-jinak pakai tudung. Maklumlah nak menutup uban yang penuh dikepala. Sapulah kkrim losyen beribu-ribu harganya sekalipun, jikalau anda sudah ditakdirkan menjadi tua, maka tua lah anda. Tiada siapa dapat menafikan hakikat tersebut.

Ha..sekejap je kan? Rasa putaran hidup kita makin lama makin pantas berlalu. Pejam celik pejam celik. Kedutan dibawah mata kita dah menjadi kedut seribu. Rambut mula gugur. Gigi mula longgar. Tubuh anda yang dulunya mantap kini menjadi kendur. Kalau dulu anda menjadi idaman kini tiada siapapun pedulikan anda. Anda takut? Anda sudah bersedia menghadapi hari tua anda?

Secara jujurnya. Ya. Saya sangat takut. Saya belum bersedia untuk menghadapi kenyataan yang kulit saya akan berubah menjadi semakin kendur dan berkedut seribu. Saya belum puas menghadapi zaman remaja saya. Saya belum puas berpoya-poya dan menikmati zaman muda saya. Arghhh..saya tak nak menjadi tua dengan secepat ini! Kan bagus jika waktu dapat dihentikan. Kan bagus kalau kita tidak jadi tua-tua. Kan bagus kalau kita sentiasa kekal muda. Kan bagus kalau kita ditakdirkan muda dan tak tua-tua. Kan bagus kalau.. (eppp..leh berhenti tak? berapa banyak daa..) *huhuhu jgn harap*

Walau apapun alasan kita. Walau apapun doa kita minta agar kita nampak kekal muda, masa tidak akan menunggu kita. Usia semakin hari semakin meningkat. Yang muda akan berubah menjadi tua. Yang tua akan menunggu giliran dijemput pulang. Semakin kita alpa, semakin itu jugalah kita akan sentiasa jauh dengan keinsafan diri. Tua tidak akan menunggu kita.

Jika selama ini anda tidak pernah menghormati orang lebih tua dari anda, maka mulai saat ini anda harus ingat anda pada suatu masa nanti tetap akan menjadi tua. ya. TETAP menjadi tua. Jgn mimpi anda akan muda sentiasa sampai kiamat. *amboi tingginya harapan*

Sekiranya kita takut menghadapi usia tua ini, kita adalah manusia yang paling lemah. Seharusnya kita bersedia dengan kitaran hidup yang kita telah jangkakan sebelum ini. Kenapa kita tidak buat persediaan awal terlebih dahulu? Salah siapa?

Tua mengejar kita. Kita perlu menerima hakikat ini. Bersyukurlah kerana kita dijadikan sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini. Dikurniakan akal, fikiran dan nafsu. Semua manusia didunia ini akan merasai zaman tua mereka. Jadi apa perlu anda takutkan? Itupun jika anda dapat merasai nikmat menjadi tua. Kalau anda awal-awal lagi dijemput pulang bagaimana?

Tepuk dada..tanyalah iman.

Hargailah usia anda.

Hormatilah kedua-dua orang tua anda sebelum mereka dijemput pulang.

*Pesanan khas ini dibawa untuk anda oleh :

Syarikat Pengeluar Tin Sardin Cap Ayam*




 
Hye Babes © 2008 Template by Exotic Mommie Illustration by Dapina