Friday, January 1, 2010

Jatuh Cinta Pandang Pertama

Hye babes !
Ini adalah merupakan entry pertama saya. Frankly speaking, rasanya agak terlambat bagi saya untuk memulakan arena blog ini memandangkan saya pun bukan gadis remaja belasan tahun (tiba-tiba rasa suci saja muka i bila bercakap jujur begini) tetapi setelah membaca satu artikel keratan akhabar kosmo mengenai kisah seorang penulis blogger yang sangat hebat (and wow..she is so gorgeous) membuatkan saya jatuh cinta pandang pertama pada arena blog ini.


Untuk entry pertama ini rasanya eloklah anda semua mengenali sedikit sebanyak mengenai saya maklumlah andaikata jika anda ternampak saya dalam lingkungan jarak 8 buah kampung sekali pun..anda boleh teka siapa saya (aduh macamlah saya ini sejelita macam angelina jolie, nasha aziz atau siti nurhaliza) tapi sekurangnya anda boleh mengenali siapa saya sepanjang anda melayari blog saya ini.



okay apa yang perlu anda tahu tentang diri saya sebenarnya?
  • Bukan gadis remaja belasan tahun

  • Tiada pernah terima lamaran dari mana-mana lelaki Malaysia untuk berkahwin (ini sangat penting untuk membuatkan ramai lelaki disana teruja..oh please!!)

  • Seorang wanita rakyat Malaysia yang menghabiskan usia remajanya dengan bertemujanji tiap hari dengan membayar tol semata-mata ingin menunaikan tanggungjawabnya sebagai salah seorang pegawai di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

  • Sambung pengajian dan membuatkan pensyarah universitinya cukup pening dengan sifat nakalnya di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia

  • Sentiasa berangan untuk menjadi Puteri walaupun tahu dirinya datang dari golongan rakyat biasa

  • Sukakan warna lembut dan bersifat feminin

  • Gemar mengampu abahnya (paling kurang 5 waktu sehari semalam) supaya dapat belikan kereta baru seperti Mercedes-Benz mahupun Ferrari (sumpah kalau bodek abah selama 1000 tahun pun belum tentu lagi aku dapat kereta ini)

  • Ketika berpeleseran sentiasa menjadi perhatian lelaki macho seperti Aaron Aziz, Fahrin Ahmad, Awal Ashaari dan Tom Cruise untuk menemani mereka.
Rasanya sudah cukup informasi untuk anda mengenali serba sedikit tentang penulis blog ini buat kali pertama. Sumpah semua diatas adalah betul KECUALI informasi yang terakhir itu sengaja ditambah menggunakan ayat perasan tidak ingat untuk menaikkan saham saya. SILA ABAIKAN. Terima kasih. Kalau lebih panjang lebar lagi tentu malam ini saya tidak dapat melelapkan mata (of course kerana rasanya entry pertama ini sudah cukup membuatkan jari jemari ini terpatuk-patuk macam anak ayam madu ditambah dengan lebam dibawah mata. Sesuai dengan gelaran Kungfu Panda yang diterima) dan sekiranya anda masih tetap berdegil mengatakan informasi ini tidak cukup buat anda teruja, maka anda bolehlah terus menghantar rombongan merisik untuk meminang saya (saya pasti pasti ramai pembaca blog ini berasa hendak muntah yang teramat sangat apabila membaca ayat yang pastinya anda akan teringin nak baling saya lebih teruk dengan telur ayam busuk)


Apapun saya ingin melahirkan rasa kagum dengan transformasi dan semangat gadis muda yang membuatkan saya cukup teruja dan memaksa diri saya supaya bersemangat waja seperti beliau dengan luahan jujur karyanya. Jatuh cinta pandang pertama. Blog yang saya maksudkan adalah blog Hanis Zalikha yang boleh anda layari di www.inibelogsaya.blogspot.com dan anda tentu kagum dengan si gadis cantik manis ini. Sungguh memberi inspirasi!

Akhir kata, Tahniah buat si cantik manis Hanis Zalikha atas kejayaan anda berkarya sehingga membuatkan saya jatuh cinta pandang pertama dengan anda dan buat anda yang pertama kali membaca entry pertama ini, saya ucapkan jutaan terima kasih serta mohon maaf sekiranya entry pertama ini begitu banyak kekurangan.



Dengan penuh keterujaan yang maksima diucapkan..

salam perkenalan untuk anda semua.

Chiow :)

2 comments:

Ben Ashaari said...

HEHE..SELAMAT DATANG KE DUNIA BLOGGING....SEMOGA BERJAYA DALAM ARENA INI...TERUSKAN USAHA ANDA

hye babes said...

terima kasih sifu BEN..anda juga berikan saya inspirasi :)

 
Hye Babes © 2008 Template by Exotic Mommie Illustration by Dapina