Selamat bertemu kembali
Anda pernah menghadapi pembedahan?
Tidak pernah?
Saya pun tidak pernah seumur hidup membayangkan bahawa saya akan dibedah atau menjalankan pembedahan. Sumpah tidak pernah (melainkan saya pernah menjalankan pembedahan seekor katak pisang belakang rumah menggunakan pisau lipat 20 sen waktu kecil dulu dan sehingga sekarang roh katak itu kadang-kadang hadir memakai telekung mengganggu tidur malam ku)
Sememangnya Allah itu Maha Kuasa. Mungkin doa katak pisang yang dianiayai oleh saya ketika waktu kecil dulu itu dimakbulkan Tuhan. Saya ditakdirkan terpaksa menjalani pembedahan Ovarian Cyst.
*anda ingin tahu apa itu ovarian cyst?
sila layari http://en.wikipedia.org/wiki/Ovarian_cyst
Bermula dari saat itu. Hidup saya menjadi tidak tentu arah. Bermacam -macam perkara terbayang secara terus didalam kepala. Bayangkan pisau menyiat-nyiat perutku yang tidak pernah berparut ini (peeewittt..) sehingga kadang-kadang rasa macam pelik kenapa ini semua berlaku. Berikut adalah kronologi bagaimana saya terpaksa menghadapi realiti ini.
Mari kita mulakan:
12 November 2009 (Khamis)-Klinik Dr. Rosli Shah Alam
Senggugut gila. Sememangnya setiapkali kalau senggugut (period pain) sahaja mesti saya ambil MC (medical certification). Kalau MC sahaja mesti saya senggugut. Hari itu memang saya tidak berdaya untuk memandu ke pejabat (nak memandu? gila jauh tu dengan jalan sesak lagi..nak tahan sakit lagi..mau setahun memandu baru sampai pejabat). Dengan sakit yang masih berbaki, saya bertemu Dr. Rosli bagi mendapatkan rawatan. Sah ! Memang ada sedikit pelik dengan keadaan dibawah perut saya. Sedikit keras. Dr. Rosli mencadangkan saya agar segera mendapatkan rawatan pakar (juga teman baiknya) di Darul Ehsan Medical Centre Shah Alam (DEMC)-Dr. Zamri Abdul Rahim-Consultant Obstetrician, Gynaecologist & Infertility. Surat cinta (opsss..surat dari doktor) disertakan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
16 November 2009 (Isnin)- Tingkat 1, Darul Ehsan Medical Centre (DEMC)
Bertemu kali pertamanya dengan Dr. Zamri Abdul Rahim. Sekali pandang, beliau sangat segak. Berdedikasi, penuh gaya, mutu dan keunggulan (cheh..sempat lagi tu..). Imbasan pada perut dijalankan. Memang terang lagi bersuluh. Terdapat cyst pada ovari saya dengan ukuran D1=98.7mm dan D2=96.4mm (besar giler..kalau buat lauk gulai kawah memang tahan sampai seminggu ni..huhuhu). Tarikh pembedahan ditetapkan pada 24 November 2009 dan ditanggung sepenuhnya oleh Insurans ETIQA (Tq Etiqa..nasib baik ambil insurans) dan sepanjang menunggu tempoh pembedahan itu, Dr. Zamri menasihatkan agar saya menjaga pemakanan agar tidak timbul sebarang permasalahan ketika pembedahan kelak.
17 November 2009 - 20 November 2009 (Selasa-Jumaat)-Kursus diHotel Flamingo, KL Beryoya-yoya di Flamingo Hotel, Kuala Lumpur (Kursus). Makan banyak tak hingat. Aiskrim, sate, 6 kali sehari makan. Memang enjoy habis masa itu. Sepanjang perjalanaan kursus, saya lah orang yang paling ceria ketika itu. Buat lawak (ala Mr. Bean) dan menjadi perhatian kerana saya sentiasa aktif dan gedik (tetapi dalam hati dup dap dup dapppp..siapa yang tahu..hahaha..poyo)
21 hb November 2009 - 22 hb November 2009 (Sabtu & Ahad) Duduk lepak dirumah. Ketika ini hati mula curiga. Mulalah bayangkan bukan-bukan. Bayangkan perutku yang selama ini tidak pernah berparut tiba-tiba berparut. Siap tulis status kat Facebook lagi (bayangkan betapa cuaknya saya pada masa itu). Makan pun dah tak berapa nak lalu. Tambahan pula nampak pisau kat dapur..huhuhu. Rasa ngilu je.
23 November 2009 (Isnin) Pergi pejabat macam biasa. Semua officemate bagi kata-kata semangat. Lagi lah wa cuak beb. Rasa macam nak balik pun ada dan pergi kat Darul Ehsan Medical Centre tu merayu pada Dr. Zamri supaya batalkan sahaja pembedahan esok (mau kena pelangkung betul-betul dengan abah aku ni karang kalau buat camtu). Ketika memandu dalam perjalanan pulang ke rumah pun perlahan sahaja. Macam-macam terbayang. Mana tau tiba2 esok masa pembedahan bekalan elektrik terputus. Malaikat maut datang dan....oh tidak!!! (-_-")
24 November 2009 (Selasa)
*Rumah*-8.00am-130pm Bangun pagi awal gila. Siap-siap berkemas untuk masuk wad pembedahan yang mana pembedahan akan dijalankan pada pukul 4 pm waktu Malaysia. Mulanya niat dihati nak bawa satu beg besar beroda siap dengan PS2. Itu belum masuk novel dan buku pelajaran. Alih-alih abah tegur "kak long ni nak pergi bedah ke nak pergi bercuti..?'' Dengan muka tersengih-sengih saya mengemaskini semula barang-barang keperluan supaya doktor dan jururawat tidak ketawa terguling-guling melihatkan saya mengheret beg besar beroda itu nanti. Selepas siap berkemas, saya mengambil wudhuk dan solat taubat (mana tau kan malaikat maut datang menjemput..ohhh tidakkk..)
*Darul Ehsan Medical Centre*-tingkat dua (wad pembedahan)
3.45pm Setibanya ditingkat 2 (wad pembedahan) saya terus mencium tangan abah (ketika ini rasa syahdu gila) dan mohon ampun pada abah. Abah hanya mencium dahi saya dan memeluk saya erat. Selepas menunjukkan kad khas untuk menjalani pembedahan saya dibawa oleh jururawat ke bilik kelas pertama dan diberikan pakaian khas berwarna biru lembut dengan reben dan terdedah dibelakang serta topi kain khas untuk menjalani pembedahan. Dr. Zamri diiringi jururawat masuk dan imbasan dibuat sekali lagi. Dr. Zamri kata "saya buat imbasan kali ini mana tau kadang-kadang dengan kuasa Allah cyst itu tiba-tiba pecah sendiri" Setelah imbasan dibuat..memang sah cyst itu comel je berada dalam perut saya. :P Setelah Dr. Zamri beri kata-kata peransang dan beliau pun beredar. Saya bersiap sedia.Tengok dalam cermin. Seksi (adoyai saat nak menghadapi maut cenggini pun masih sempat lagi puji diri sendiri).
4.00 pm
Dibawa ke bilik pembedahan oleh jururawat menggunakan kerusi roda. Ketika ini memang jantung rasa nak luruh sangat dah. Dup Dap Dup Dapppp..tapi tetap control ayu. Jururawat sempat bertanya samada hendak berjumpa dengan abah atau tidak. Saya hanya menggelengkan kepala perlahan. Takmau. Nanti aku nangis.. huhuhu.
Tiba di bilik pembedahan. Ah sudah..semuanya dah bertutup kepala. Semuanya dah memakai sarung tangan lengkap untuk bersiap sedia melakukan pembedahan. Saya disapa lembut oleh Dr. Wan Afaf Binti Zainal Abidin (rasanya doktor ni pakar bius kot) dan beliau meminta saya bertenang. Jangan takut, pujuknya lembut. Beliau meminta saya naik ke atas troli panjang dan duduk berlunjur kaki. Seterusnya saya harus memeluk satu unit bantal besar yang lembut dan bongkok badan saya ke hadapan sedikit.''Tahan sakit sedikit ya.." saya hanya angguk lembut. Dalam hati saya mengucap panjang (-_-")
Doktor tanya samada saya ingin disuntik bius keseluruhan badan atau bius separuh badan. Saya hanya berkata "terpulang lah pada doktor yang mana baik untuk saya'' (jawapan selamat pada kiraan saya) dan kemudian Dr. Wan Afaf membalas dengan lembut ''kalau macam tu, saya bagi suntikan bius separuh badan je la ye..kalau sepenuh badan nanti bila ubat bius dah habis, bila bangun sakit, tau" Saya hanya angguk perlahan. Terbayang kata-kata kawan sepejabat. Suntikan bius ni sakit giler. Selang 20 saat kemudian terasa dua kali jarum suntikan bius (dua kali ke atau sekali? tak ingat dah..) disuntik ke tulang belakang saya diiringi lafaz Bismillah. Uik? dah suntik dah..penipu! tak sakit sangat pun! Memang sah kawan-kawan aku pekenakan aku..
Kemudian saya diminta untuk berbaring. Satu suntikan ubat tidur diberikan kepada saya. Saat itu saya terasa mengantuk tetapi sangat payah untuk melelapkan mata. Pada saat yang sama juga kaki saya terasa makin lama terasa makin berat untuk diangkat dan akhirnya tidak sampai beberapa saat kaki saya terasa kebas keseluruhan. Ketika itu Dr. Zamri telah berada dalam keadaan siap sedia untuk melakukan pembedahan. Saya yang ketika itu tidak boleh melelapkan mata walau telah disuntik ubat tidur, terasa perut saya dibelah dan terasa macam dicuit-cuit. Segalanya saya boleh nampak secara samar-samar melalui lampu pembedahan di atas kepala saya. Seketika kemudian antara sedar atau tidak (mamai ler tu) saya terdengar sayup-sayup suara Dr. Zamri berkata "eh..besarnya! Dalam scan tak nampak besar camni! Ambik gambar..ambik gambar.." klik..klik..
credit to : Dr. Zamri Abdul Rahim *bluetooth ke hp saya*
Antara sedar atau tidak..Dr. Wan Afaf dan jururawat berbual-bual dengan saya. Ditanyanya saya sakit ke tidak? Saya hanya menggelengkan kepala sahaja sambil senyum tawar. Dr. Wan Afaf beberapa kali tanya saya samada saya mengantuk atau tidak (mungkin pelik sebab dah disuntik ubat tidur pun saya masih berdegil takmau tidur agaknya). Beberapa ketika kemudian saya terasa agak pening dan saya disaran oleh Dr. Wan Afaf dan jururawat untuk lelapkan mata beberapa ketika. Ketika itu juga saya lelapkan mata dan antara sedar atau tidak, nama saya dipanggil perlahan dan nah!! Ambik kau..dalam samar-samar saya melihat Dr. Wan Afaf memegang cyst saya yang ketika itu comel je duduk dalam bekas balang.
Saya bersama-sama barang peribadi dibawa menggunakan kerusi roda ke bilik kelas pertama (tak salah saya bilik 502..terima kasih Insurans Etiqa & DEMC) oleh jururawat pelatih lelaki. Memang besar giler bilik itu. Siap ada tv dan pandangan yang memang best (betul-betul menghadap Plaza Peransang tempat Kes sensasi Beng Hock jatuh tempohari) Ketika ini ramai teman-teman dan sanak saudara datang melawat. Terima kasih atas keprihatinan semua. Saluran kencing dibuka dan kencing jadi tidak lawas. Nak jalan turun katil ke tandas bilik itu takut datang mudarat. Terpaksalah menggunakan pampers dewasa (hello..orang tengah sakit okay..) Aircond pulak rosak..perghhh..menyentap-nyentap jiwa. Penyelenggaraan dilakukan tetapi bila kerap sangat rosak, pihak DEMC pindahkan ke bilik lain (tak salah bilik 402) yang memang membuatkan semua pesakit seperti saya boleh melompat-lompat riang hingga jatuh katil.
26 November 2009 (Khamis) -bergembira dibilik 402 *2.00pm balik rumah-mc 38 hari yeay!*
27 November 2009 (Jumaat)- Aidiladha *beraya dengan lauk biskut empat keping cicah air gula*
28 November 2009 (Sabtu) dua jururawat DEMC hadir memberi rawatan susulan dirumah saya (tq ye)
Apa pun, semua telah selamat. Alhamdulillah. Walau sebelah kanan ovari saya dibuang *bye bye ovariku* (sambil lambai-lambai tangan. Ini bermakna harus membuat satu majlis perpisahan untuk ovariku) tetapi masih ada peluang lagi untuk saya mengandung (semua jejaka di Malaysia sila jangan bimbang ya :P). Buktinya? Setiap bulan saya masih menghadapi saat-saat indah seorang wanita iaitu beriang ria membeli sekotak dan kadang-kadang sehingga 2 kotak tuala wanita berjenama Kotex ketika datang bulan (apekah?). Saat paling tidak boleh dilupakan adalah luahan jujur dari Dr. Zamri ketika kali pertama saya datang bulan selepas pembedahan. Ayat jujur beliau lebih kurang begini: "Saya sebagai doktor yang merawat kamu adalah orang yang paling gembira kamu didatangi haid. Ini bermakna pembedahan saya berjaya dan kamu masih seorang wanita sejati" (-_-")
7 Januari 2010 (Rabu) Hari pertama memandu ke pejabat dengan muka berkeriut..hahaha T_T
muka suci ketika sakit (-_-")
Name:
Dr. Zamri Abdul Rahim
Qualification:
MBBS (Malaya), M.MED O & G (UKM),FICS (USA)
Consultant Obstetrician, Gynaecologist& Infertility
drzamri@demconline.com
Subspeciality :
• Fertility check up / Pemeriksaan kesuburan
• IVF/ Bayi Tabung
• ICSI (Intra-Cytoplasmic Sperm Injection)
• MESA/TESA/PESA (Teknik aspirasi sperma)
• Pembekuan embrio
• Laparoskopi
• Scan Doppler Warna
• Prosedur bantuan reproduksi lain
*sumber ini didapati dari laman web rasmi
http://www.demconline.com/main-menu.htm
Name:
Dr. Wan Afaf Zainal Abidin
*thank you Dr. :)
Qualification:
MBBS (Malaya) M Med Anaes (UKM)
Title:
Consultant Anaesthesiologist
Email:
wanafaf@demconline.com