Sunday, February 21, 2010

hinakah menjadi perempuan G.E.M.U.K ?

Bayangkan situasi ini berlaku kepada anda. Anda seorang lelaki yang agak sempurna. Tall, dark and handsome. Tiba-tiba ketika anda sedang khusyuk menikmati makanan anda disebuah restoran segera seorang diri, anda menerima nota salam perkenalan dari pelayan restoran bahawa ada seorang wanita ingin berkenalan dengan anda. Pelayan restoran tanpa rasa bersalah terus menunjukkan bahawa wanita yang ingin berkenalan dengan anda duduk nun jauh dipelusuk restoran tersebut dan wanita yang ditunjukkan itu tersenyum malu pada anda adalah seorang wanita yang beratnya lebih dari 150kg !

Sudikah anda menyambut salam perkenalan wanita tersebut?

Saya dah agak dah..tentu anda tak senang duduk dibuatnya. Paling tidak hati anda menyumpah-nyumpah seranah lengkap dengan bacaan doa tolak bala untuk mengelakkan anda menjadi perhatian wanita tersebut. Ada hati perempuan gemuk ini nak ngorat aku..badak air pun lagi lawa dari kau, tau.. cermin la diri sikit..gerutu anda dalam hati. Sumpah. Sebulan anda takkan jejak kaki ke restoran itu lagi. *amboi amboi amboi..mulut tu takde insurans*

Kejamkah anda?

Hinakah menjadi perempuan GEMUK ?



*salahkah wanita ini GEMUK?*
credit : contempster on Flickr Photo

Jika kita lihat semua paparan iklan komersial kini lebih mengutamakan wanita langsing menjadi duta produk mereka. Malah tanyalah mana-mana lelaki pun didunia ini. Sanggupkah mereka menerima seorang perempuan gemuk menjadi kekasih hati mereka? Mungkin ada seorang dua yang sanggup..selebihnya?

Secara jujur. Saya juga pernah menjadi gemuk. Malah berat saya ketika remaja mencecah sehingga 100kg. Semua lelaki memandang sinis kepada saya. Masuk saja sekolah agama berasrama saya dipulaukan. Tiada siapa sudi kawan dengan saya. Begitu juga ketika saya menuntut disalah sebuah IPTA di utara. Semua ejek saya dengan gelaran Gorilla.

Satu kenangan yang tidak akan saya lupakan selamanya pernah ketika saya dan dua orang lagi rakan (seorang rendah dan seorang lagi kurus tinggi) berjalan pulang ke kolej kediaman dari menghadiri kuliah malam melintasi sekumpulan mahasiswa yang saya akui semuanya menjadi kegilaan pelajar kolej ketika itu. Ketika betul-betul kami bertiga melintasi sekumpulan mahasiswa itu tadi, mereka menyanyikan lagu Pok Pok Pok..Bujang Lapuk. Sah-sah mereka mengejek kami yang mana saya yang gemuk sebagai watak Tan Sri P. Ramlee dan selebihnya watak Ajis dan Sudin dalam cerita Bujang Lapok. Malu tidak terkira ketika itu. Apatah lagi mereka nyanyikan lagu itu didepan sekumpulan mahasiswi yang cantik jelita. Esoknya kami bertiga menjadi bahan ketawa dan ejekan dikampus. Sedihkan?




*benarkah GEMUK itu satu seni?*
credit : robinson kruso on Flick Photo


Ketika berada di alam pekerjaan, saya berkenalan dengan seorang teman lelaki dilaman sembang internet. Saya tidak pernah merahsiakan berat badan saya kepada sesiapapun. Ketika janji temu kali pertama, dia melayan saya dengan baik sekali. Selepas habis janji temu tersebut saya pulang ke rumah dengan harapan yang lelaki tersebut boleh menjadi kawan lelaki saya yang paling baik *tak harap pun jadi boyfriend saya tau*. Tetapi sebaik saja saya sampai dirumah, beliau menghantar pesanan ringkas kepada saya dengan mesej ringkas dan padat lebih kurang begini : hai b*bi gemuk. jgn harap aku nak kawan dengan kau. bye.

Saya terpinga-pinga. Hinakah menjadi GEMUK?

Dipendekkan cerita, sejak dari hari itu saya mula berazam untuk kurangkan sedikit berat badan saya *hello bukan untuk cari cinta ya tetapi untuk kesihatan*. Dengan izin Allah swt, saya berjaya turunkan berat badan sedikit demi sedikit. Sehingga saya pernah menjadi model pakaian muslimah untuk beberapa pertunjukan fesyen *bukan model terkenal pun. model pak pacak je*. Bukan bangga diri tetapi rakan-rakan yang pernah menghina saya dulu turut terkejut dengan perubahan agak besar saya ini. *alaaa..sekarang pun bukannya kurus sangat pun. Kurus sikit je berbanding dulu..cheewah*

Berdasarkan pengalaman pahit yang pernah saya tempuhi dulu, saya berjanji dalam diri saya bahawa saya tidak akan sekali-kali akan menghina sesiapa saja yang bertubuh besar dengan gelaran GEMUK. Sebab saya yakin mana-mana manusia pun tidak suka dipanggil GEMUK. Itu merupakan satu penghinaan dan mengaibkan.Gemuk itu satu anugerah Tuhan. Tubuh anda adalah anda. Mungkin anda ditakdirkan bertubuh sedemikian. Jangan malu dengan diri anda. Hargailah kurniaan Tuhan. Jika anda gemuk, pedulikan apa saja kata orang lain terhadap anda. Fikirlah secara positif disamping mengawal pemakanan anda. Hanya anda saja yang tahu apa yang terbaik untuk anda.

Kepada yang pernah mengusik saya dahulu dengan gelaran GEMUK dan sebagainya, terima kasih kerana anda telah menjadikan saya seperti saya yang anda lihat pada hari ini. Tanpa usikan anda, saya tidak akan mampu tersenyum pada hari ini.

Terima kasih kepada Allah swt. Terima kasih kepada ibubapa dan keluarga saya kerana ketika saya gemuk dahulu kalian tetap bersama saya. Begitu juga beberapa orang teman saya. Kini saya berterima kasih kepada teman lelaki saya kerana sentiasa menerima saya seadanya. Saya sayangkan anda semua.

Cuma satu persoalan yang masih terngiang-ngiang dikepala saya yang sehingga kini tiada jawapannya: Hinakah menjadi perempuan GEMUK? Anda mungkin tahu jawapannya.

*GEMUK itu sexy*

8 comments:

Unknown said...

salam.
gemuk adalah subjektif. Sy sendiri adalah perempuan gemuk. Penah jugak kene ejek dulu. Tapi sy tunjukkan kelebihan sy yg lain. alhamdulillah skang sy boleh diterima bukan sebab saiz bdn sy...

Anonymous said...

cape cakap hina. pmpn cam nie selalunya manja n tomey sgt2 tau..wpun dr segi fizikal diorg xnmpk spesel tp hati diorg ag bgs dr pmpn yg ckup sifat 2.. ;)

hanna said...

org gemuk biasenya klakar & peramah
huhuhuhu

tp kalau terlalu gemuk
masalah utamanya akan jejaskan kshatn
(^.^)

mknace unlimited said...

:) :) :) sharing is power
tak hina
yang penting kalau beradab sopan
pasti akan ada yang mengatakan perempuan itu lebih cantik dari yang lain..

hye babes said...

terima kasih kerana sudi membaca..saya pun pernah gemuk jugak..sebenarnya siapa kata gemuk tu tak best? gemuk tu seksi wooo..hehehe. TQ ols :)

morriss said...

kalau diri sendiri boleh terima kegemukan tu seadanya, mesti org lain pun sama.. yg penting sayang diri kita sendiri dulu...

miera said...

suatu ketika dulu aku pernah menjadi gemuk.percayalah, persepsi orang pada orang gemuk ni lain.kesian.dunia ini kejam

hye babes said...

betul..dunia ini kejam

 
Hye Babes © 2008 Template by Exotic Mommie Illustration by Dapina