Sunday, February 21, 2010

say NO to SELFISH !


Selfish. Pentingkan diri. Bukan jual ikan.


credit : woderferret on Flickr Photo


Sikap pentingkan diri boleh membawa kepada ketidakpuasan hati. Bila ketidakpuasan hati timbul maka timbul keadaan yang tidak selesa. Keadaan tidak selesa ini akhirnya membawa kepada situasi yang sukar dikawal. Pelik.

Kenapa perlu ada sikap pentingkan diri sendiri? Hubungan cinta misalnya perlu ada sikap tolak ansur atau lebih mudah disebut sebagai give and take.

Contoh : Bayangkan situasi ini. Kekasih anda bergegas dari pejabat sejauh 60km semata-mata untuk bertemu dengan anda. Menempuh kesesakan jalanraya untuk menjemput anda dari pejabat dan belanja anda makan kegemaran anda *satu set besar Double Prosperity Burger Mc Donalds*. Usai makan, anda mohon si dia hantar anda pulang ke rumah. Sedangkan si dia belum habis penat lagi. Punggung pun belum panas lagi duduk atas kerusi keras Mc Donalds tu. Jerawat kat punggung pun belum tumbuh lagi, anda dah mohon si dia hantar balik rumah. Si dia dengan paksa rela pun hantar anda balik ke rumah.


Kemudian bergegas pulang semula ke rumahnya sejauh 40km. Bila si dia sedang memandu anda pula tanpa rasa bersalah terus tidur kekenyangan (maklumlah kenyang giler makan double prosperity Mc D tadi kan..) Tanpa terbit rasa bersalah. Tanpa ada sms ucapan terima kasih atau bertanya samada si dia selamat sampai dirumah sedangkan waktu ketika itu sudah tengah malam dan si dia masih terkial-kial memandu sedangkan anda telah sampai ke bulan bintang lena dibuai mimpi indah!


Adilkah begitu? Tidakkah anda rasa bersalah? Tidak kesiankah anda pada si dia? Lagi haru kalau kekasih anda itu seorang gadis suci! Dimana sikap prihatin anda sebagai seorang lelaki?Nak dijadikan cerita, bayangkan si dia sedang memandu ketika itu dan diekori sekumpulan lelaki jahat dalam sebuah kereta dipandu laju. Kereta si dia akhirnya ditahan dilorong yang gelap sunyi, si dia dipaksa membuka pintu, si dia menjerit meminta tolong dan...(ah..babak 18sx ini tidak perlu diceritakan selanjutnya. Semua dah faham) Kejadian ini akhirnya berlaku diwaktu anda sedang lena tidur dan anda hanya mengetahui kekasih anda dirogol beramai-ramai ketika anda membaca berita utama akhbar perdana pada keesokan harinya!


Adakah anda sanggup tersenyum riang berguling-guling, menangis atau anda akan anjurkan parti buih meraikan paparan berita utama tersebut?


Bukan dalam hubungan cinta saja sikap pentingkan diri ini timbul. Malah dalam setiap perkara yang melibatkan hubungan sesama manusia terjadi. Sikap ini bermula dengan peristiwa pembunuhan kedua putera Adam a.s iaitu Habil dan Qabil yang melakar sejarah menjadi peristiwa pembunuhan pertama di atas muka bumi.


Kisah selanjutnya anda boleh layari laman web sesawang
http://harmoni-my.org/arkib/kisahnabi/kisahhabildanqabilputeranabiadamas.htm


Sekiranya anda inginkan suasana harmoni dalam apa juga perkara dalam kehidupan anda, tidak kiralah samada hal peribadi atau tugas rasmi. Janganlah amalkan sikap pentingkan diri sendiri. Ia bukan sahaja akan memusnahkan karier anda malah ia juga akan menjahanamkan diri anda sendiri. Amalkan sikap empati yang mana meletakkan diri anda pada tempat orang lain akan membuatkan anda lebih dihargai, disayangi dan dihormati.


Ingin diingatkan sekali lagi, bukan penghormatan yang diinginkan tetapi sikap tolak ansur ini akan menjadikan hubungan sesama manusia lebih bermakna. Percayalah. Saya bukan sesiapa. Bukan penyair. Bukan ahli politik. Bukan artis. Bukan idola atau sesiapa pun. TETAPI saya hanya manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan yang ingin mengingatkan sesama kita agar tidak melampaui batas-batas agama dan kehidupan. Ini kerana saya percaya bahawa tulisan ini adalah satu peringatan buat diri saya sendiri dan anda juga dan saya percaya bahawa tulisan adalah lebih tajam dari hujung pedang pahlawan.

Ingat! Sikap pentingkan diri membawa kepada permulaan sikap yang tidak wajar dicontohi. Jika anda pentingkan diri, tidak mustahil anda akan terjebak dengan gejala rasuah. Seterusnya bukan sahaja menghancurkan institusi keluarga malah menghancurkan generasi baru anda.


Akhir kata..katakan tidak pada sikap pentingkan diri.
please say NO to Selfish. Bukan say no to jual ikan :)

 
Hye Babes © 2008 Template by Exotic Mommie Illustration by Dapina