Tuesday, March 2, 2010

argghhh..aku tamo jadi tua :(

credit to : collin key on flickr photo

Pernah anda terfikir bahawa : baru semalam sahaja anda melangkah ke sekolah tadika. Baru semalam anda melangkah ke sekolah rendah. Bermain bersama kawan-kawan. Menjerit. Melompat ke sana sini. Fikiran ketika itu tiada lain melainkan hanya bermain. Tidak perlu anda memikirkan gaji anda cukup atau tidak pada bulan ini. Tidak perlu memikirkan bil utiliti tertunggak. Semua tidak perlu. Apa yang anda tahu hanya bermain. Bangun pagi gosok gigi, minta duit yuran sekolah dari ibubapa anda, kadang-kadang duit belanja sekolah harus ditambah untuk menampung perut anda yang sangat suka kuih 'burger malaysia'.

Terasa baru semalam anda menjejak kaki ke sekolah rendah, kini anda melangkah ke sekolah menengah. Ketika ini anda mula merasakan alam remaja. Cinta monyet. Bagi gadis sunti pula ketika ini mereka mengalami perubahan hormon. Datang Haid. Manakala anak remaja lelaki pula mungkin sudah mengalami perubahan vokal. Anak tekak jantan mula timbul. *wah macho*

Pejam celik. Pejam celik. Anda kini telah menjejakkan kaki ke universiti. Takpun jika anda kurang bernasib baik dalam pelajaran, ada jodoh sesudah Sijil Pelajaran Malaysia anda sudah dipinang orang atau yang lelaki pula keluar terus mencari kerja untuk sesuap nasi. Takpun kalau anda memang tidak sayang diri anda, anda memilih untuk menuntut di Pusat Serenti *huhuhu*. Kalau anda dimenara gading, bertahun-tahun anda berhempas pulas dengan menuntut ilmu anda kini berada dialam pekerjaan. Seketika kemudian anda berjumpa teman sejiwa anda. Tunang. Nikah. Anak pertama. Anak kedua. Anak ketiga dan seterusnya. Kalau anda tidak bernasib baik, anda didapati mandul. *uihhh..haru satu dunia*

Selang beberapa tahun kemudian, anda dapati kesihatan anda sering terganggu. Anak dah besar panjang. Tak lama lagi nak menerima menantu. Uban mula tumbuh. Makin dicabut uban anda makin galak pula uban anda tumbuh. Geram sungguh. Rasa macam nak lumur racun tikus biar rambut anda tak tumbuh-tumbuh lagi. Kalau perempuan pula masa ini lah mula berjinak-jinak pakai tudung. Maklumlah nak menutup uban yang penuh dikepala. Sapulah kkrim losyen beribu-ribu harganya sekalipun, jikalau anda sudah ditakdirkan menjadi tua, maka tua lah anda. Tiada siapa dapat menafikan hakikat tersebut.

Ha..sekejap je kan? Rasa putaran hidup kita makin lama makin pantas berlalu. Pejam celik pejam celik. Kedutan dibawah mata kita dah menjadi kedut seribu. Rambut mula gugur. Gigi mula longgar. Tubuh anda yang dulunya mantap kini menjadi kendur. Kalau dulu anda menjadi idaman kini tiada siapapun pedulikan anda. Anda takut? Anda sudah bersedia menghadapi hari tua anda?

Secara jujurnya. Ya. Saya sangat takut. Saya belum bersedia untuk menghadapi kenyataan yang kulit saya akan berubah menjadi semakin kendur dan berkedut seribu. Saya belum puas menghadapi zaman remaja saya. Saya belum puas berpoya-poya dan menikmati zaman muda saya. Arghhh..saya tak nak menjadi tua dengan secepat ini! Kan bagus jika waktu dapat dihentikan. Kan bagus kalau kita tidak jadi tua-tua. Kan bagus kalau kita sentiasa kekal muda. Kan bagus kalau kita ditakdirkan muda dan tak tua-tua. Kan bagus kalau.. (eppp..leh berhenti tak? berapa banyak daa..) *huhuhu jgn harap*

Walau apapun alasan kita. Walau apapun doa kita minta agar kita nampak kekal muda, masa tidak akan menunggu kita. Usia semakin hari semakin meningkat. Yang muda akan berubah menjadi tua. Yang tua akan menunggu giliran dijemput pulang. Semakin kita alpa, semakin itu jugalah kita akan sentiasa jauh dengan keinsafan diri. Tua tidak akan menunggu kita.

Jika selama ini anda tidak pernah menghormati orang lebih tua dari anda, maka mulai saat ini anda harus ingat anda pada suatu masa nanti tetap akan menjadi tua. ya. TETAP menjadi tua. Jgn mimpi anda akan muda sentiasa sampai kiamat. *amboi tingginya harapan*

Sekiranya kita takut menghadapi usia tua ini, kita adalah manusia yang paling lemah. Seharusnya kita bersedia dengan kitaran hidup yang kita telah jangkakan sebelum ini. Kenapa kita tidak buat persediaan awal terlebih dahulu? Salah siapa?

Tua mengejar kita. Kita perlu menerima hakikat ini. Bersyukurlah kerana kita dijadikan sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini. Dikurniakan akal, fikiran dan nafsu. Semua manusia didunia ini akan merasai zaman tua mereka. Jadi apa perlu anda takutkan? Itupun jika anda dapat merasai nikmat menjadi tua. Kalau anda awal-awal lagi dijemput pulang bagaimana?

Tepuk dada..tanyalah iman.

Hargailah usia anda.

Hormatilah kedua-dua orang tua anda sebelum mereka dijemput pulang.

*Pesanan khas ini dibawa untuk anda oleh :

Syarikat Pengeluar Tin Sardin Cap Ayam*




0 comments:

 
Hye Babes © 2008 Template by Exotic Mommie Illustration by Dapina