Saturday, March 13, 2010

wanita dan airmata :'-(

Wanita dan airmata. Tragis betul tajuk ni.

Wowowowo..tajuk yang rasanya agak tipikal. Apapun, wanita dijadikan oleh Allah dari rusuk lelaki yang mana dekat didada untuk disayangi dan
dilindungi. Wanita dikurniakan emosi yang sensitif. Tidak semua lelaki memahaminya. Merajuk. Marah. Cemburu. Dendam. Sedih. Gembira. Semua wanita lontarkan hampir semua emosi mereka dengan airmata. Kadang-kadang terlupa nak beli sebatang lipstik pun airmata wanita boleh mengalir. Hebat bukan?


Wanita tidak boleh tersentuh emosinya maka akan mengalirlah airmatanya. Airmata adalah antara senjata wanita. Jujur. Saya sendiri menggunakan air mata saya semasa ditemuduga untuk jawatan yang saya jawat kini. Hahaha. Peduli apa. Janji aku dapat kerja. Ada aku kisah?


Lelaki pula tidak begitu. Mereka lebih memendam emosi mereka. Bayangkan lelaki merajuk, marah, gembira dan cemburu dengan air mata. Olololololooo..comeynya. Hahahaha. Biasanya lelaki lemah bila melihat wanita mengalirkan airmata didepan mereka. Apatah lagi jikalau wanita itu adalah wanita yang mereka cintai atau kasihi. Lantas mereka akan berkata : 'Dah lah tu..boleh tak u jgn nangis lagi. I rimas dan takut'..hahaha tau takut. Cepat-cepat mereka akan pujuk kita. Takut orang lain nampak katanya. Itulah dia senjata wanita!


Wanita dan airmata tidak boleh dipisahkan. Ibarat lagu dan irama. Kadang-kadang sambil tengok tv makan kuaci tengok cerita hindustan atau korea pun wanita boleh mengalir airmata. Pelik juga. Hero hindustan mati, wanita menangis juga. Hero kahwin dengan heroin diakhir cerita pun, wanita menangis juga. Kaum lelaki hanya menggelengkan kepala sambil terkekek-kekek ketawa menahan gelihati. Wanita potong bawang pun airmata mengalir juga? Payah. Haru biru dibuatnya. Bisik hati lelaki.


Lelaki apa tahu? Mereka sepatutnya memahami bahawa wanita diciptakan Allah dengan hati selembut-lembut sutera. Jika wanita yang anda sayangi dan kasihi menangis. Apa salahnya berikan mereka kata pujuk yang boleh membuatkan mereka menyimpul senyum. Berikan mereka pelukan dan sentuhlah bahu mereka dengan lembut. Rapatkanlah mereka didada anda. Berikan mereka perlindungan dan kasih sayang agar airmata mereka berhenti mengalir. Moga anda lebih memahami dan lebih berusaha untuk mengurangkan airmata ditumpahkan wanita. Percayalah. Mereka sangat memerlukan anda disisi mereka tatkala anda diperlukan.


Itulah gunanya lelaki. Tamat.
sumber gambar : Jake Rostron on Flickr Photo.

0 comments:

 
Hye Babes © 2008 Template by Exotic Mommie Illustration by Dapina